Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[271]

 

 

 

Paulus:

Bahagian 1 Paulus dan Hukum

(Edisi 1.0 20090909-20090909)

 

Karya tulis ini adalah siri pertama dari karya-karya tulis dalam bahagian-bahagian yang berkenaan dengan kedudukan Paulus dan satu penelitian perihal apa yang dia telah ajarkan dan sejarah jangka kerja dimana dia melayani. Paulus adalah pengasas kepada jemaat moderen. Seorang pemimpin yang dinamik, oleh kerana selalu dianiaya dan diserang kerana ajarannya, dia telah membawa jemaat kepada zaman yang genting. Tanpa ajaran Paulus dan kepimpinannya ramai orang tidak akan memahami sifat Allah yang penuh misteri dan terlalu kompleks dan anak/Mesiah yang Dia telah utuskan. Dalam bahagian ini ia berkenaan dengan Paulus dan Hukum.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2009 Storm Cox dan Wade Cox)

 (tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Paulus dan Hukum

 


 


Seorang bernama Paulus

 

Nama Paulus berasal dari Saul.

Kisah 13:9 Kemudian Saul yang dipanggil Paulus, dipernuhi dengan Roh Kudus, melihat tepat kepada Elymas dan berkata...

 

Kisah 9:11 Dan Tuhan berfirman kepada dia, “Bangunlah pergilah ke jalan yang dipanggil Lurus, dan tanyalah di rumah Yudas orang dari Tarsus yang bernama Saulus.

 

Sebutan pertama tentang Saulus adalah dalam buku Kisah, sebelum perbualannya berkenaan dengan melempari stefanus.

Kisah 7:58 Kemudian mereka membuang dia keluar dari kota dan melempari dia; dan para saksi meletakkan jubah mereka di kaki orang muda yang bernama Saulus itu.

 

Kisah 8:1a Dan Saulus bersetujuh dengan kematiannya.

 

Dari suku kaum Benyamin, Paul telah dibesarkan sebagai seorang bangsa Israel. Dia adalah mazhab Farisi.

Filipi 3:4b-5 Sekiranya ada sesiapa mempunyai alasan untuk yakin dalam daging, Aku mempunyai lebih: [5] disunatkan pada hari yang kelapan, seorang anggota orang Israel, dari suku kaum Benyamin, seorang Ibrani yang lahir dari seorang Ibrani; seperti dalam hukum, adalah seorang Farisi;

 

Paulus telah dilatih menjadi seorang tukang kemah.

Kisah 18:1-3 Kemudian Paulus meninggalkan Atena, lalu pergi ke Korintus.  2 Di Korintus ia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang berasal dari Pontus. Ia baru datang dari Italia dengan Priskila, isterinya, karena kaisar Klaudius telah memerintahkan, supaya semua orang Yahudi meninggalkan Roma. Paulus singgah ke rumah mereka.  3 Dan karena mereka melakukan pekerjaan yang sama, ia tinggal bersama-sama dengan mereka. Mereka bekerja bersama-sama, karena mereka sama-sama tukang kemah.

 

Paulus mempunyai warganegara di Tarsus Cilicia, dan mendapat pendidikan di Yerusalem (Kisah 26:4).

Kisah 22:3 "Aku adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia, tetapi dibesarkan di kota ini; dididik dengan teliti di bawah pimpinan Gamaliel dalam hukum nenek moyang kita, sehingga aku menjadi seorang yang giat bekerja bagi Allah sama seperti kamu semua pada waktu ini. (lihat juga Kisah 9:11; 21:39)

 

Dia juga warganegara Roma.

Kisah 22:25-27 Tetapi ketika Paulus ditelentangkan untuk disesah, berkatalah ia kepada perwira yang bertugas: "Bolehkah kamu menyesah seorang warganegara Rum, apalagi tanpa diadili?"  26 Mendengar perkataan itu perwira itu melaporkannya kepada kepala pasukan, katanya: "Apakah yang hendak engkau perbuat? Orang itu warganegara Rum. 27 Maka datanglah kepala pasukan itu kepada Paulus dan berkata: "Katakanlah, benarkah engkau warganegara Rum?" Jawab Paulus: "Benar."

 

Dia juga anggota dalam persidangan Yahudi.

Kisah 26:10 Hal itu kulakukan juga di Yerusalem. Aku bukan saja telah memasukkan banyak orang kudus ke dalam penjara, setelah aku memperoleh kuasa dari imam-imam kepala, tetapi aku juga setuju, jika mereka dihukum mati.

 

Paulus menganiaya dan memisah-misahkan jemaat dan ramai orang telah dipenjara.

Kisah 8:1b ... Pada waktu itu mulailah penganiayaan yang hebat terhadap jemaat di Yerusalem. Mereka semua, kecuali rasul-rasul, tersebar ke seluruh daerah Yudea dan Samaria.

 

Kisah 9:1-2 Sementara itu berkobar-kobar hati Saulus untuk mengancam dan membunuh murid-murid Tuhan. Ia menghadap Imam Besar, 2 dan meminta surat kuasa dari padanya untuk dibawa kepada majelis-majelis Yahudi di Damsyik, supaya, jika ia menemukan laki-laki atau perempuan yang mengikuti Jalan Tuhan, ia menangkap mereka dan membawa mereka ke Yerusalem.

 

Kisah 22:4-5 Dan aku telah menganiaya pengikut-pengikut Jalan Tuhan sampai mereka mati; laki-laki dan perempuan kutangkap dan kuserahkan ke dalam penjara.  5 Tentang hal itu baik Imam Besar maupun Majelis Tua-Tua dapat memberi kesaksian. Dari mereka aku telah membawa surat-surat untuk saudara-saudara di Damsyik dan aku telah pergi ke sana untuk menangkap penganut-penganut Jalan Tuhan, yang terdapat juga di situ dan membawa mereka ke Yerusalem untuk dihukum.

 

Paulus sangat bersemangat bagi tradisi fahaman Yudaisme yang diperkembangkan oleh mazhab Farisi dan dasar dimana Kristus telah dianiaya. Tidak ragu lagi ini adalah dasar kepada kebenciannya kepada orang Kristian kerana ia menyerang kepada fahaman orang Farisi berkenaan dengan tradisi yang bertentangan dengan perkataan spiritual dalam Hukum Allah.

 

Galatia 1:14 Aku memasuki Yerusalem diatas ramai dari orang-orangku yang sebaya denganku, kerana aku lebih bersemangat bagii tradisi dari moyangku. (petikan juga Fil 3:5; Kisah 22:3; 23:6; 26:5)

 

Kristus berfirman berkenaan dengan tradisi para penatua yang dimasukkan oleh apra penulis dan orang Farisi: “Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu? Jawab-Nya kepada mereka: "Benarlah nubuat Yesaya tentang kamu, hai orang-orang munafik! Sebab ada tertulis: Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku.  Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia. (Mat 15:3; Mar 7:6-7; Yes 29:13). Allah telah berkata melalui Yesaya bahawa Dia akan membatalkan tradisi ini. Paulus belum memahami tujuan Allah melalui Kristus dan jemaat. Dengan alasan ini, dan kesilapan doktrin, dia menganiaya jemaat yang bertentangan dengan hukum Allah namun berfikir dia tidak bersalah dalam hukum Allah itu. Pernyataannya bahawa dia “tidak bersalah dibawah hukum” mungkin menandakan kepada beberapa orang bahawa dia tidak memahami bahawa dia sedang melanggar hukum tersebut. Dia sama seperi ramai orang Yuhudi lain pada hari ini dimana mereka berfikir bahawa mereka tidak bersalah dibawah hukum tetapi berdosa dan menolak Kristus yang menebus mereka. Apabila dia dipanggil dia kemudiannya memahami penggailannya itu. Dia berfikir bahawa dia tidak bersalah dibawah hukum namun menyedari bahawa dia telah melanggar hukum melalui tradisi dan kebencian. Pandangan ini digambarkan dan didemonstrasikan dalam ajarannya dalam Roma 3:9,10,19,20,23 dan Galatia 3:10-12.

 

Walau bagaimana pun, Paulus juga menggunakan latar belakangnya sebagai orang Farisi.

Kisah 23:6 Apabila Paulus menyedari bahawa beberapa daripada orang itu adalah Sduki dan yang lain adalah Farisi, dia dia memanggil dalam persidangan itu, ‘Saudara, aku seorang Farisi, anak orang Farisi. Aku didalam perbicaraan berkenaan dengan harapan dalam kebangkitan orang yang sudah mati.’

 

Pengubahan Paulus

 

Pengubahan Paulus bukanlah pengubahan kepada pemahaman dari keperluan untuk memelihara Hukum. Dia sudah seorang yang memelihara hukum itu dari tradisinya tetapi dia harus ditunjukkan perhubungan diantara iman dan hukum dan itulah sebabnya mengapa teks dalam Galatia itu ditulis.

 

Pengubahannya adalah pemahaman tentang obligasi yang lebih tinggi dalam iman. Matlamat utama dan akhir kepada seluruh Hukum Allah telah dilafazkan dalam Dua Perintah Hukum yang Utama.

 

Matius 22:37-39 Dan dia berfirman kepada dia, “Kamu harus mengasihi Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dan dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh fikiranmu. 38 Ini adalah Hukum yang pertama dan terutama. 39 Dan yang kedua utama adalah, Kamu harus mengasihi orang lain seperti dirimu sendiri.

 

Paulus memahami tujuan ini. Tujuan pelayanannya, dan juga pelayanan kita, adalah dengan mengajar tentang dua hukum ini kerana sekiranya kita memelihara kedua-duanya kita tidak akan berdosa dan hukum itu kemudiannya tidak bersangkutan dengan kita.

 

Sekiranya kita tidak mencuri dari jiran kita kerana kita takut ditangkap dan dipenjarakan, kita masih seorang pencuri tetapi tidak dipraktikkan. Sekiranya kita mengasihi jiran kita kita tidak akan berfikir untuk mencuri dari mereka kerana kita tidak mahu mereka sengsara. Dengan itu, sekiranya kita mengasihi jiran kita, hukum melarang pencuri, merompak, iri hati dan keganasan, dll, adalah tidak berkaitan kerana mereka tidak memasuki ekuasinya. Dengan itu pernyataannya adalah “mati dalam hukum”.

 

Ramai orang yang cuba untuk menjustifikasikan pelanggaran mereka terhadap hukum dengan mengatakan Paulus juga memelihara hukum dan seorang berdosa dan pembunuh kepada umat yang telah berubah. Kemudian mereka berkata bahawa Paulus berhenti memelihara hukum dan mengajar orang lain untuk melakukannya. Orang-orang ini adalah bersalah dari kesilapan yang serius.

 

Paulus dan Hukum

 

Kisah 20:5-16 menyatakan:

5 Mereka itu berangkat lebih dahulu dan menantikan kami di Troas.  6 Tetapi sesudah hari raya Roti Tidak Beragi kami berlayar dari Filipi dan empat hari kemudian sampailah kami di Troas dan bertemu dengan mereka. Di situ kami tinggal tujuh hari lamanya.  7 Pada hari pertama dalam minggu itu, ketika kami berkumpul untuk memecah-mecahkan roti, Paulus berbicara dengan saudara-saudara di situ, karena ia bermaksud untuk berangkat pada keesokan harinya. Pembicaraan itu berlangsung sampai tengah malam.  8 Di ruang atas, di mana kami berkumpul, dinyalakan banyak lampu.  9 Seorang muda bernama Eutikhus duduk di jendela. Karena Paulus amat lama berbicara, orang muda itu tidak dapat menahan kantuknya. Akhirnya ia tertidur lelap dan jatuh dari tingkat ketiga ke bawah. Ketika ia diangkat orang, ia sudah mati.  10 Tetapi Paulus turun ke bawah. Ia merebahkan diri ke atas orang muda itu, mendekapnya, dan berkata: "Jangan ribut, sebab ia masih hidup."  11 Setelah kembali di ruang atas, Paulus memecah-mecahkan roti lalu makan; habis makan masih lama lagi ia berbicara, sampai fajar menyingsing. Kemudian ia berangkat.  12 Sementara itu mereka mengantarkan orang muda itu hidup ke rumahnya, dan mereka semua merasa sangat terhibur.  13 Kami berangkat lebih dahulu ke kapal dan berlayar ke Asos, dengan maksud untuk menjemput Paulus di situ sesuai dengan pesannya, sebab ia sendiri mau berjalan kaki melalui darat.  14 Ketika ia bertemu dengan kami di Asos, kami membawanya ke kapal, lalu melanjutkan pelayaran kami ke Metilene.  15 Dari situ kami terus berlayar dan pada keesokan harinya kami berhadapan dengan pulau Khios. Pada hari berikutnya kami menuju Samos dan sehari kemudian tibalah kami di Miletus.  16 Paulus telah memutuskan untuk tidak singgah di Efesus, supaya jangan habis waktunya di Asia. Sebab ia buru-buru, agar jika mungkin, ia telah berada di Yerusalem pada hari raya Pentakosta.

 

Disini kita melihat Paulus dan rakannya memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi kemudian kembali ke Yerusalem untuk memelihara Pentakosta disana. Itu adalah satu tindakan yang menarik bagi seseorang yang sekiranya dia tidak memelihara hukum!

 

Pemfitnah Paulus cuba untuk menggunakan kitab untuk menunjukkan bahawa Paulus berbakti pada hari Minggu, tetapi apakah yang sebenarnya dikatakan?

 

Versi King James menyatakan dalam Kisah 20:7:

Dan pada hari pertama dalam minggu itu, apabila para pengikut datang bersama untuk memecahkan roti, Paulus mengajar kepada mereka, bersedia untuk berangkat pada keesokan harinya; dan meneruskan ucapannya sehingga tengah malam.

 

Versi ini ditulis untuk menyimpulkan bahawa ianya adalah perkumpulan jemaat dan bahawa Paulus sedang mengajar dan bahawa pmecahan roti adalah upacara perjamuan kudus. Bagaimana pun, perkataan yang diterjemahkan sebagai mengajar adalah perkataan Yunani dialogue yang bererti satu konversasi diantara dua atau lebih orang.

 

Memecahkan roti adalah upacara makan biasa. Perkataan bagi minggu adalah sabbaton yang mana boleh merujuk kepada mana-mana hari dalam jangka masa tujuh hari dalam minggu. Jadi, Paulus sedang makan pada hari minggu bersama dengan rakan-rakannya dan perbualan mereka berterusan sehingga tengah malam, kerana dia akan berangkat pada pagi berikutnya.

 

Orang juga cuba untuk menyatakan bahawa oleh kerana Paulus tidak memaksa orang yang baru sahaja mualaf untuk disunat dan bahawa dia mengajar bertentangan dengan penyunatan dan hukum. Tetapi apakah jawapan Paulus berkenaan dengan perkara ini?

 

Kisah 21:17-26

17 Ketika kami tiba di Yerusalem, semua saudara menyambut kami dengan suka hati.  18 Pada keesokan harinya pergilah Paulus bersama-sama dengan kami mengunjungi Yakobus; semua penatua telah hadir di situ.  19 Paulus memberi salam kepada mereka, lalu menceriterakan dengan terperinci apa yang dilakukan Allah di antara bangsa-bangsa lain oleh pelayanannya.  20 Mendengar itu mereka memuliakan Allah. Lalu mereka berkata kepada Paulus: "Saudara, lihatlah, beribu-ribu orang Yahudi telah menjadi percaya dan mereka semua rajin memelihara hukum Taurat.  21 Tetapi mereka mendengar tentang engkau, bahwa engkau mengajar semua orang Yahudi yang tinggal di antara bangsa-bangsa lain untuk melepaskan hukum Musa, sebab engkau mengatakan, supaya mereka jangan menyunatkan anak-anaknya dan jangan hidup menurut adat istiadat kita.  22 Jadi bagaimana sekarang? Tentu mereka akan mendengar, bahwa engkau telah datang ke mari.  23 Sebab itu, lakukanlah apa yang kami katakan ini: Di antara kami ada empat orang yang bernazar.  24 Bawalah mereka bersama-sama dengan engkau, lakukanlah pentahiran dirimu bersama-sama dengan mereka dan tanggunglah biaya mereka, sehingga mereka dapat mencukurkan rambutnya; maka semua orang akan tahu, bahwa segala kabar yang mereka dengar tentang engkau sama sekali tidak benar, melainkan bahwa engkau tetap memelihara hukum Taurat.  25 Tetapi mengenai bangsa-bangsa lain, yang telah menjadi percaya, sudah kami tuliskan keputusan-keputusan kami, yaitu mereka harus menjauhkan diri dari makanan yang dipersembahkan kepada berhala, dari darah, dari daging binatang yang mati dicekik dan dari percabulan."  26 Pada hari berikutnya Paulus membawa orang-orang itu serta dengan dia, dan ia mentahirkan diri bersama-sama dengan mereka, lalu masuk ke Bait Allah untuk memberitahukan, bilamana pentahiran akan selesai dan persembahan akan dipersembahkan untuk mereka masing-masing.

 

Disini kita mempunyai Yakobus, saudara Kristus sendiri, bersama dengan para penatua, meminta bahawa Paulus mengadakan pemurnian dalam Kaabah menurut kepada hukum untuk membuktikan kepada orang Yahudi bahawa dia seorang yang memelihara hukum itu. Kisah ini adalah satu daripada kesaksian yang paling kuat dalam memegang hukum dalam Perjanjian Baru.

 

Jemaat tidak dibebaskan dari tuntutan untuk menuruti hukum dengan kematian Kristus tetapi dengan sistem pengorbanan telah digenapi didalam dirinya. Tanda Yunus masih berlangsung 40 tahun dari Yohanes Pembaptis dan pelayanan Kristus dan berakhir apabila Kaabah telah dimusnahkan dalam kegagalan Yudah untuk bertobat dari mencemari hukum dengan tradisi oral mereka selepas 40 tahun keberkatan yang diberikan. Sistem Kaabah Yudah berhenti pada waktu pemusnahan Kaabah itu pada 70 CE.

 

Kristus berfirman dalam Matius 16:4:

Generasi yang jahat dan jahil mencari tanda itu, tetapi tidak ada tanda yang diberikan kecuali tanda Yunus.” Jadi dia meninggalkan mereka berlalu.

 

Kita tahu bahawa tugas Yunus dengan Ninewih mengambil masa satu hari berjalan (pelayanan Yohanes Pembaptis dalam masa satu tahun) dan dua hari mengajar (pelayanan Kristus adalah dua tahun) dengan 40 hari untuk bertobat (30 CE sehingga 70 CE) apabila upacara korban dihentikan. Nubuatan Daniel berkenaan dengan 70 minggu dalam tahun dan rujukan Kristus kepada Tanda Yunus tidak berakhir sehingga Kaabah itu telah dimusnahkan, dengan itu, sistem ini tidak dihakimi sehingga jangka masa rahmat mereka (40 tahun) telah berakhir (lihat karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 013)

 

Orang-orang Yahudi menghakimi kebenaran melalui simbol fizikal seperti penyunatan, dan Paulus dengan betul menyatakan: “Sekiranya penyunatan itu cukup maka kita tidak perlu lagi Kristus”. Adakah Paulus mengajar bahawa penyunatan adalah perlu atau harus dilakukan sebagai satu praktik? Tidak. Dia hanya mengatakan bahawa orang bukan Yahudi yang dianggap orang yang dewasa tidak diperlukan untuk menyunat tetapi anak-anak mereka yang lahir selepas mualaf dengan sendirinya, menurut hukum harus disunati, dan mereka lakukan itu. Lihat juga karya tulis Pemurnian dan Penyunatan (No. 251).

 

Aktiviti Yakobus dalam Kaabah adalah betul dan menurut kepada hukum. Paulus berada dibawah perintah oleh persidangan untuk memelihara Hukum Allah, semua bab dan ayatnya. (Kisah 21:17-40).

 

Dalam kisah 21:24 rasul itu (kemugkinan besar Yakobus) memberitahu dia untuk mengambil empat orang dan memurnikan dirinya bersama dengan mereka dan  membayar perbelanjaan mereka supaya mereka boleh menyukur kepala mereka )dalam perkataan lain, menyempurnakan janji setia mereka dibawah hukum, seperti yang Paulus lakukan, telah menyempurnakan janji setianya di Cenchrae (petikan Kisah 18:18)). Megapa demikian? Supaya semua orang akan tahu bahawa tidak ada dari apa yang mereka telah diberiahu tentang kamu tetapi kamu sendiri hidup dalam pemeliharaan kepada Hukum (RSV) (lihat jiga KJV: Memelihara Hukum).

 

Seluruh episod ini dikira sebagai benar oleh Kristus dari Kisah 23:11 yang menyatakan:

Malam berikutnya Tuhan berdiri bersama dengan dia dan berfirman, “Kuatkan dirimu, kerana kamu telah bersaksi tentang aku di Yerusalem, jadi kamu harus juga bersaksi di Roma.”

 

Bagi seseorang yang dikatakan tidak memelihara hukum, dia akan pergi lebih jauh untuk memelihara hukum itu.

 

Paulus dan Perkawinan

 

Jemaat yang mengajar untuk tidak mengawinkan keimamatan cuba untuk menggunakan Paulus untuk mendebatkan bahawa dia adalah menentang perkawinan. Orang-prang ini juga bersalah jerana tidak memahami. Paulus mengajar menentang keimamatan yang tidak berkawin dan wanita yang tidak berkawin di biara.

 

Dalam surat Paulus yang pertama kepada Timotius 5:9-16 ia menyatakan:

9 Yang didaftarkan sebagai janda, hanyalah mereka yang tidak kurang dari enam puluh tahun, yang hanya satu kali bersuami  10 dan yang terbukti telah melakukan pekerjaan yang baik, seperti mengasuh anak, memberi tumpangan, membasuh kaki saudara-saudara seiman, menolong orang yang hidup dalam kesesakan--pendeknya mereka yang telah menggunakan segala kesempatan untuk berbuat baik.  11 Tolaklah pendaftaran janda-janda yang lebih muda. Karena apabila mereka sekali digairahkan oleh keberahian yang menceraikan mereka dari Kristus, mereka itu ingin kawin  12 dan dengan memungkiri kesetiaan mereka yang semula kepada-Nya, mereka mendatangkan hukuman atas dirinya.  13 Lagipula dengan keluar masuk rumah orang, mereka membiasakan diri bermalas-malas dan bukan hanya bermalas-malas saja, tetapi juga meleter dan mencampuri soal orang lain dan mengatakan hal-hal yang tidak pantas.  14 Karena itu aku mau supaya janda-janda yang muda kawin lagi, beroleh anak, memimpin rumah tangganya dan jangan memberi alasan kepada lawan untuk memburuk-burukkan nama kita.  15 Karena beberapa janda telah tersesat mengikut Iblis.  16 Jika seorang laki-laki atau perempuan yang percaya mempunyai anggota keluarga yang janda, hendaklah ia membantu mereka sehingga mereka jangan menjadi beban bagi jemaat. Dengan demikian jemaat dapat membantu mereka yang benar-benar janda.

 

Disini Paulus melarang pemeliharaan waita janda dibawah umur 60 didalam biara kerana mereka harus berkawin atau berkawin semula, supaya mereka tidak jatuh dalam dosa. Ini adalah kondemnasi langsung kepada sistem biara.

 

1 Timotius jelas berkenaan dengan keinginan bagi pelayanan untuk perkawinan.

 

1 Timotius 3:2 dan 12

[2] Sekarang biskop haruslah demikian, seorang suami kepada satu isteri, sederhana, sensibel, bermartabat, mesra, dan seorang pengajar yang baik,

[12] Biarkan diakon menjadi suami kepada satu isteri, dan biarlah mereka mengurus anak-anak mereka dan keluarga mereka;

 

Paulus disini teguh dalam pendirian ini:

1 Timotius 3:4-5 Dia harus mengurus keluarganya sendiri, memelihara anak-anaknya supaya menghormati dalam setiap hal; [5] kerana sekiranya lelaki tidak tahu mengurus keluarganya sendiri, bagaimana mungkin dia boleh mengurus jemaat Allah?

 

Ajaran ini mempunyai sebab yang sangat baik. Biskop akan menghadiri jemaat mereka dalam cara yang sama mereka menghampiri isteri dan anak-anak mereka. Sekiranya mereka berkasar dengan keluarga mereka, mereka juga mengasari jemaat.

 

Demikian juga, sekiranya mereka kurang pentadbiran dalam keluarga mereka, membiarkan anak-anak mereka bebas tanpa batas, mereka akan membiarkan orang-orang dalam jemaat mendapat kebebasan yang sama.

 

Komentar Paulus berkenaan tidak berkawin harus diutamakan dalam konteks ini.

 

1 Korintus 7:8-9

[8] Kepada orang yang tidak berkawin dan janda aku berkata bahawa ianya baik bagi mereka kekal bujang seperti aku. [9] Tetapi sekiranya mereka tidak boleh kendalikan diri mereka, mereka harus berkawin. Kerana ianya lebih baik berkawin daripada takluk kepada nafsu.

 

Ayat ini digunakan oleh kemamatan yang tidak berkawin sebagai satu daripada kebenaran. Bagaimana pun, hukum mengatakan bahwa dia yang gagal untuk memenuhi keluargaya adalah lebih teruk daripada seorang yang percaya.

 

1 Timotius 5:8

[8] Sekiranya ada diantara kamu tidak memenuhi saudaranya, san khususnya kepada keluarganya sendiri, dia telah memungkiri iman dan lebih teruk daripada orang yang tidak percaya.

 

Paulus percaya, mungkin kerana Kristus ada hadir dalam perbualannya, bahawa dia juga akan disalibkan seperti Kristus. Dia tidak mempunyai konsep bahawa pelayanannya akan berterusan selagi ianya melakukan perkara yang benar. Dia merasa bahawa mereka yang ada dalam jemaat dituntut oleh Kristus untuk mati, tidak akan komited kepad atuntutan ini sekiranya dialihkan oleh komitmen keluarga.

 

Bukan semua pelayanan dituntut menjadi syahid dan digalakkan untuk berkawin seperti yang ditunjukkan sebelum ini, dan sebenarnya satu tuntutan kepada tugasan mereka.

 

Paulus secar aktif menggalakkan perkawinan kepada semua anggota masyarakat dengan dispensasi kepada mereka yang berada di kalangan orang bukan Yahudi dalam situasi yang sukar.

 

Perjanjian Baru menandakan bahawa Paulus mungkin telah berkawin dari satu daripada koemtarnya dalam surat.

 

Dalam Roma 16:13 Paulus berkata: “Salam Rufus, dipilih didalam Tuhan, dan ibunya dan ibuku”.

 

Ianya didebatkan oleh mereka yang tidak berkawin bahawa komentar ini adalah semata-mata satu indikasi tentang satu perhubungan lembut bersama dengan Rufus dan ibunya, tetapi ianya juga didebatkan bahawa Rufus adalah saudara iparnya dan bahawa Paulus telah berkawin kemudiannya dan itulah dasar komentarnya berkenaan dengan berjalan bersama isteri.

 

Dalam 1 Korintus 7:39 Paulus, menyatakan bahawa isteri terikat dengan hukum sehingga kematian suaminya. Dengan jelas dia memegang hukum Allah berkemaan dengan perkawinan.

 

Dalam 1 Korintus 9:1 dia dengan khususnya merujuk dirinya sebagai seorang rasul dan menyatakan bahawa dia seorang rasul bagi orang Kointus. Dia berkata dalam 9:3-5: Inilah pembelaanku terhadap mereka yang mengeritik aku.  Tidakkah kami mempunyai hak untuk makan dan minum? Tidakkah kami mempunyai hak untuk membawa seorang isteri Kristen, dalam perjalanan kami, seperti yang dilakukan rasul-rasul lain dan saudara-saudara Tuhan dan Kefas?

 

Dengan jelas dia sekurang-kurangnya melihat kepada perkawinan ataupun mungkin telah sebenarnya berkawin ataupun contoh ini tidak bermaksud apa-apa. Kefas sudah tentu sudah berkawin seperti yang Paulus kaakan disini.

 

Dari ayat 6-8 dia secara khususnya bergantung kepada hukum untuk menyokong perdebatan ini. Dalam ayat 9 dia mengatakan Hukum Musa berkenaan dengan melarang untuk memberangus sapi sementara ia sedang menginjak bijian (Ul 25:4) dalam menyokong perdebatan berkenaan dengan hak yang dikekalkan oleh jemaat dalam kerja.

 

Perpaduan Gereja

 

kedudukan alkitabiah dalam perpaduan gereja adalah sangat jelas di antara para Rasul. Paulus juga tidak terkecuali.

 

1Korintus 1:10-17

10 Tetapi aku menasihatkan kamu, saudara-saudara, demi nama Tuhan kita Yesus Kristus, supaya kamu seia sekata dan jangan ada perpecahan di antara kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir.  11 Sebab, saudara-saudaraku, aku telah diberitahukan oleh orang-orang dari keluarga Kloe tentang kamu, bahwa ada perselisihan di antara kamu.  12 Yang aku maksudkan ialah, bahwa kamu masing-masing berkata: Aku dari golongan Paulus. Atau aku dari golongan Apolos. Atau aku dari golongan Kefas. Atau aku dari golongan Kristus. 13 Adakah Kristus terbagi-bagi? Adakah Paulus disalibkan karena kamu? Atau adakah kamu dibaptis dalam nama Paulus?  14 Aku mengucap syukur bahwa tidak ada seorangpun juga di antara kamu yang aku baptis selain Krispus dan Gayus,  15 sehingga tidak ada orang yang dapat mengatakan, bahwa kamu dibaptis dalam namaku.  16 Juga keluarga Stefanus aku yang membaptisnya. Kecuali mereka aku tidak tahu, entahkah ada lagi orang yang aku baptis.  17 Sebab Kristus mengutus aku bukan untuk membaptis, tetapi untuk memberitakan Injil; dan itupun bukan dengan hikmat perkataan, supaya salib Kristus jangan menjadi sia-sia.

 

Paulus membahaskan di sini mengenai kemunculan pemujaan keperibadian yang telah menjadi faktor utama kepada gereja dan masyarakat kita sejak awal. Kita lihat di sini bahawa orang-orang Korintus menempatkan betapa pentingnya orang yang telah dibaptis atau ditahbiskan mereka, sehingga memuat fokus jauh daripada status rohani yang baru dan menunjukkan keberpihakan terhadap orang yang dibaptis mereka. Hadiah itu adalah dari Allah, bukannya dari orang yang membaptis mereka. Gereja moden Allah telah jatuh ke dalam perangkap ini, terutama sekali dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, dan mengikuti arahan serta penafsiran daripada seorang individu. Pandangan seperti itu mempengaruhi Gereja-gereja Tuhan melalui kebangkitan Gereja Radio Allah dan menghancurkan teologi Advent.

 

Paulus berkata dalam ayat 10 bahawa kita semua berbicara hal yang sama maka janganlah ada pertikaian di antara kamu. Hal ini merujuk kepada undang-undang.

 

Mereka yang akan menyebabkan schism (perpecahan dalam gereja yang berlaku akibat daripada perbezaan dalam menafsirkan doktrin) bertanggungjawab atas perpecahan itu. Perpaduan dalam sesuatu pertubuhan adalah aspek kritis Iman. Orang-orang yang membahagi sesuatu pertubuhan pada dasar pentadbiran yang bertanggungjawab atas fakta itu. Nubuatan palsu ialah penunjuk kepada siapa Allah sedang berurusan di dalam sesuatu kesatuan. Memang benar bahawa ada banyak kerajaan tetapi hanya ada satu Tuhan seperti apa yang telah Paulus ajarkan.

 

Pemahaman tentang tubuh dinyatakan melalui para pegawainya dan dicapai melalui pengendalian kolektif dalam Roh.

 

1Korintus, bab ke 4, berkaitan dengan kesatuan iman dalam kesatuan doktrin. Hanya ada satu kebenaran. Paulus mengutuk penyembahan berhala dalam Rom 1:22-25.

22        Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh.  23 Mereka menggantikan kemuliaan Allah yang tidak fana dengan gambaran yang mirip dengan manusia yang fana, burung-burung, binatang-binatang yang berkaki empat atau binatang-binatang yang menjalar.  24 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka akan kecemaran, sehingga mereka saling mencemarkan tubuh mereka.  25 Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin.

 

Menyembah Satu Allah yang benar merupakan ciri menonjol yang ditunjukkan dalam tulisan-tulisan Paulus, seperti halnya perzinaan. Objektif utama dalam Iman adalah perkahwinan antara makhluk ciptaan Kristus.

 

Penyatuan antara pengantin lelaki dan wanita adalah sejajar dengan satu kesatuan doktrin. Lelaki tidak boleh membiarkan pendapat dan tafsiran yang menjurus kepada perpecahan gereja. Kristus memperkuatkan undang-undang perkahwinan dengan itu penceraian dalam sesuatu perkahwinan akan dianggap penzinaan. Jikalau Kristus sebagai pengantin lelaki dia tidak akan mempersiapkan pernikahannya dan menjadi penyokong kepada penceraian. Demikian juga, perselingkahan adalah serangan terhadap sesuatu perkahwinan dan dengan demikian tidak boleh dipandang ringan atau dibiarkan dalam gereja.

 

1Korintus 6:9-10,13,18:

9 Atau tidak tahukah kamu, bahwa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzinah, banci, orang pemburit,

10 pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.

13Makanan adalah untuk perut dan perut untuk makanan: tetapi kedua-duanya akan dibinasakan Allah. Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh.

18Jauhkanlah dirimu dari percabulan! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri.

 

Galatia 5:19:

19 Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu,  20 penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah,  21 kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu--seperti yang telah kubuat dahulu--bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.

 

1Tesalonika 4:2-5:

2 Kamu tahu juga petunjuk-petunjuk mana yang telah kami berikan kepadamu atas nama Tuhan Yesus.  3 Karena inilah kehendak Allah: pengudusanmu, yaitu supaya kamu menjauhi percabulan,  4 supaya kamu masing-masing mengambil seorang perempuan menjadi isterimu sendiri dan hidup di dalam pengudusan dan penghormatan,  5 bukan di dalam keinginan hawa nafsu, seperti yang dibuat oleh orang-orang yang tidak mengenal Allah,

 

Kemampuan kita untuk tetap setia pada pasangan fizikal kita berbanding dengan kemampuan kita untuk tetap setia kepada Kristus. Hal-hal yang disenaraikan di atas adalah semua aspek daripada Hukum Allah. Kelas-kelas larangan berakar langsung daripada hukum. Kristus memelihara hukumnya dan secara peribadi memberikannya kepada umat Israel di gunung Sinai. Bukan Hukum Musa, tetapi Hukum Allah, yang diberikan melalui Kristus.

 

Paulus berkata dalam 1Korintus 11:1 (RSV):

Jadilah peniru dari saya, kerana saya Kristus.

 KJV menterjemah ayat ini sebagai:

 

"Jadilah kamu pengikut aku, bahkan ketika aku juga [am] Kristus.

 

Perkataan mimētēs (Strong's G3401) diterjemahkan sebagai “pengikut” tetapi RSV menterjemahkannya sebagai peniru.

 

Menjadi seorang ahli gereja bererti bahawa anda adalah pengikut agama itu, atau penyokong Iman. Jika anda seorang Buddha itu bererti anda mengikuti Buddha tetapi anda tidak perlu menirunya. Anda boleh berada di sebuah gereja Kristian dan tidak benar-benar meniru Kristus.

2Tes 3:7 sebab 1063 kamu 846 sendiri 1492 tahu 4459 bagaimana kamu harus 1163 mengikuti 3401 kami 2248: kerana 3754 kami 812 0 tidak 3756 lalai bekerja 812 diantara 1722 kamu 5213;

2Tes 3:9 bukan 3756 kerana 3754 kami 2192 tidak 3756 berhak untuk itu 1849,melainkan 235 kami 2443 menjadikan 1325 diri kami 1438 sebagai teladan 5179 kepada kamu 5213 supaya kamu1519 mengikuti 3401 kami 2248.

Ibr 13:7 ingatlah 3421 akan pemimpin-pemimpin2233 kamu 5216, yang telah 3748 menyampaikan 2980 pada kamu 5213 firman 3056 Allah 2316:contohilah 3739 iman 4102 mereka 3401 , dan perhatikanlah 333 akhir 1545 hidup mereka 391.

3Yo 1:11 saudaraku yang kekasih 27,janganlah mengikuti 3401 dan janganlah  3361 meniru yang jahat  2556, melainkan 235 yang baik 18. Barangsiapa berbuat baik 15 ia 2076 berasal 1537 dari Allah 2316: tetapi 1161 barangsiapa berbuat jahat 2554 ia 3708 0 tidak pernah 3756 melihat 3708 Allah 2316.

 

perkataan yang benar-benar diterjemahkan sebagai berikut adalah seperti yang berikut:

Strong’s Greek Dictionary (SGD) 190 adalah akoloutheō yang bermaksud:

 

1) untuk mengikuti orang yang mendahului, bergabung dengannya sebagai pembantu, menemaninya 2) untuk bergabung dengan salah satu sebagai murid, menjadi atau menjadi murid, a) berada disisi dengan partinya.

 

Kita berperilaku seperti Kristus berperilaku, meniru-Nya sehingga mereka meniru kita meniru Kristus.

 

Orang mengatakan bahawa Paulus tidak mengikuti hukum sepenuhnya. Bahagian ini menunjukkan sebaliknya. Kristus mengatakan dalam Yohanes 14:15: "Kalau kau mencintaiku, kamu akan patuhi segala perintah-Ku.

 

Perintah-perintah apa yang dia maksud? Dia merujuk pada Matius 22:37-39 seperti yang dibincangkan di atas.

 

1Korintus 10:1-6

1 Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut.  2 Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut.  3 Mereka semua makan makanan rohani yang sama  4 dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus.  5 Tetapi sungguhpun demikian Allah tidak berkenan kepada bagian yang terbesar dari mereka, karena mereka ditewaskan di padang gurun.  6 Semuanya ini telah terjadi sebagai contoh bagi kita untuk memperingatkan kita, supaya jangan kita menginginkan hal-hal yang jahat seperti yang telah mereka perbuat,

 

NT menyatakan dengan jelas bahawa Hukum diberikan kepada Nabi Musa oleh Kristus. Jadi kita tahu bahawa Paulus dan para murid yang jelas dalam pemahaman mereka tentang pra-kewujudan Kristus. Paulus menyatakan dengan jelas bahawa beliau mengikuti hukum yang sama dengan hukum yang dipegang Kristus. Kristus memelihara Sabat dan begitu juga Paulus.

 

Sabat

 

Kisah 18:4

4 Dan dia bercakap dalam sinagog setaip Sabat, dan mendesak orang Yahudi dan Ibrani.

 

Paskah / Roti Tidak Beragi

 

Kristus memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi, begitu juga Paulus dan yang lain, oleh kerana itu, kita juga harus memeliharanya.

Kisah 12:3

3 dan apabila dia melihat ia menyenangkan orang Yahudi, dia terus menangkap Petrus juga. Ini adalah semasa hari Roti Tidak Beragi.

 

Kisah 20:6

6 tetapi kita belayar dari  Filipi selepas hari Roti Tidak Beragi, dan dalam lima hari kita akan datang kepada mereka di Troas, dimana kita akan tinggal selama tujuh hari.

 

1Korintus 5:8

8 Marilah kita, merayakan perayaan, bukan dengan ragi lama, ragi kejahatan dan kebencian, tetapi dengan roti tidak beragi kejujujan dan kebenaran.

 

Bulan Baru

 

Kolose 2:16

16 Dengan itu jangan biarkan ada orang yang memberi penghakiman keatas kamu tentang makanan dan minuman atau berkenaan dengan perayaa atau bulan baru atau sabat.

 

Berkenaan dengan Bulan Baru, di sini kita melihat Paulus mengatakan yang orang kafir tidak perlu malu untuk menjaga sesuatu yang merupakan festival Yahudi sebelumnya kerana sekarang ianya milik mereka juga. Secara logiknya Kristus juga berpegang pada perayaan Bulan Baru, kerana jika Paulus meniru Kristus dan Paulus berpegang pada perayaan Bulan Baru ini menyatakan bahawa Kristus telah melakukan hal yang sama juga. Dia menjaga hukum dan Perayaan, dan Bulan Baru disimpan dengan setia oleh semua penganut agama Yahudi sehingga kehancuran Bait Allah, dan Kristus adalah Raja dan mengganti tugas imam tertinggi tanpa dosa. Untuk menegaskan bahawa teks ini tidak jauh dengan Sabat, Bulan Baru dan Perayaan telah disalah ertikan oleh bahasa English dan juga Greek

 

Hari Raya Bait Suci

 

Yohanes 7:2

2 Sekarang perayaan Bait Suci orang Yahudi sudah dekat.

 

Sama seperti Kristus yang memelihara Hari Raya Pondok Daun, begitu juga Paulus dan kerana itu begitu juga dengan kita.

 

Kisah 18:18-21

18 Paulus tinggal beberapa hari lagi di Korintus. Lalu ia minta diri kepada saudara-saudara di situ, dan berlayar ke Siria, sesudah ia mencukur rambutnya di Kengkrea, karena ia telah bernazar. Priskila dan Akwila menyertai dia.  19 Lalu sampailah mereka di Efesus. Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila di situ. Ia sendiri masuk ke rumah ibadat dan berbicara dengan orang-orang Yahudi.  20 Mereka minta kepadanya untuk tinggal lebih lama di situ, tetapi ia tidak mengabulkannya.  21 Ia minta diri dan berkata: "Aku akan kembali kepada kamu, jika Allah menghendakinya." Lalu bertolaklah ia dari Efesus.

 

Ini adalah janji yang harus dipenuhi di Jerusalem ketika beliau pergi ke sana, seperti yang kita lihat di atas.

 

Kerana sebahagian besar pembaca Injil Yohanes bukan Yahudi, maka perlu menggunakan frasa "orang-orang Yahudi 'Perayaan Pondok Daun" (Yoh 7:2). Kristus mengukuhkan perintah untuk mengamati perayaan itu sebagaimana dia mengarahkan keluarga pisikalnya untuk menjaga perayaan itu Yohanes 7:8, dan dalam ayat 10 kita melihat bahawa Dia juga pergi untuk memelihara hari raya. Walaupun para pemimpin agama pada waktu itu berusaha untuk membunuh-Nya, ini tidak menghalang Yesus daripada menjaga perayaan itu dan pergi ke Bait Allah untuk mengajar (Yoh. 7:14). Kenyataan ini membuat kita tidak ada alasan untuk tidak menghormati/mengamati hari-hari penting itu.

 

Hari raya yang Paulus maksudkan merujuk kepada Perayaan Pondok Daun. Sebuah rekonstruksi timeline perjalanan Paulus menunjukkan hal ini menjadi begitu. Paulus tiba di Korintus (Kis 18:1) dan tinggal di rumah Justus selama 18 bulan (Kis. 18:11). Paulus kemudian pergi ke Jerusalem, di mana dia tiba pada musim gugur tahun 52-53 CE. Paulus dengan jelas melihat keperluan dan pentingnya memelihara Perayaan Pondok Daun di Jerusalem, yang merupakan pusat penginjilan Gereja pada masa itu.

 

Pendamaian

 

Kisah 27:9

9 Sebanyak mana masa telah hilang, dan perjalanan sudahpun bahaya kerana puasa sudahpun berlalu, Paulus menasihati mereka,

 

Bullinger menyatakan dalam nota untuk ayat 9 puasa ini, adalah hari kesepuluh bulan ketujuh, Hari Raya Pendamaian. Dia menyangka itu adalah tentang Oktober 1 pada tahun itu (Companion Bible).

 

Hal ini jelas bahawa Paulus memelihara hukum seperti yang Kristus lakukan, sehingga meniru Kristus. Kita tahu bahawa hukum itu tidak disingkirkan kerana Kristus mengatakan di dalam Matius 5:17-18 bahawa:

17 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.  18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

 

Wahyu 22:6

6 Dan dia berfirman kepada aku, “Perkataan ini adalah boleh dipercaya dan kebenaran. Dan Tuhan, Allah kepada roh para nabi, telah mengutus malaikat untuk menubjukkan kepada hambanya apa yang akan terjadi.

 

Sehingga  peristiwa ini berlangsung semuanya tidak akan dipenuhi

 

Dosa adalah pelanggaran hukum (1Yohanes 3:4) . Jika Paulus tidak memelihara hukum maka ia berdosa. Jika dia melakukan dosa dan meniru Kristus, kita boleh mengatakan bahawa Kristus adalah juga orang berdosa. Serangan terhadap Paulus dan hukum adalah serangan pada Kristus.

 

Siapakah orang-orang kudus Allah? mereka adalah orang-orang yang memelihara perintah-perintah Allah dan iman atau kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).

 

Dan ketika semua ini dipenuhi? Penyelesaian Kebangkitan dan Penghakiman dan kerajaan Tuhan yang akan turun ke dunia adalah merupakan pemenuhan dari rencana yang telah dibuat. Namun, hukum akan terus berdiri walaupun ketika kita telah memenuhi segala rancangan dan menamatkan pemberontakan dan membawa semua ciptaan pada Tuhan. Kita mempunyai tugas lain yang sedang menanti di depan kita yang memerlukan kehidupan dan iman untuk meneruskan di dalam Hukum Allah kerana ianya berasal daripada sifat-Nya yang akan kita warisi.

 

Lihat  Hukum Allah (No. L1).