Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[187]

 

 

 

Bagaimana Allah Menjadi Suatu Keluarga [187]

(Edisi 2.0 19961228-19990622)

 

Di dalam kekosongan yang wujud sebelum permulaan ruang dan waktu, terdapatlah yang Satu. Dia tidak diwujudkan – Dia wujud dengan sendirinya dan, dengan itu, adalah abadi (Yohanes 5:26; 1Timotius 6:16). Dia wujud maka Dia adalah suatu makhluk (atau apa yang wujud). Orang-orang Ibrani kuno memanggilnya sebagai Eloah dan orang-orang Kasdim memanggilnya Elahh. Sabda ini telah turun kepada orang-orang Arab sebagai Allah. Dia adalah singular dan bersendiri (lihat Ulangan 32:15, 17; Ayub (45 rujukan); Ezra 4:24 hingga 7:26; Daniel 3:35; Amsal 30:4-5). Dia Adalah (He Was). Karya ini meneliti makhluk perlanjutan yang Allah sedang ciptakan.

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ć 2002 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Bagaimana Allah Menjadi Suatu Keluarga [187]

 


Allah Sebagai Pencipta

 

Di dalam kekosongan yang wujud sebelum permulaan ruang dan waktu, maka adalah yang Satu itu. Dia tidak dicipta atau diwujudkan – Dia secara sendirinya telah wujud dan kerana itu, adalah abadi (Yohanes 5:26; 1Timotius 6:16). Dia telah benar-benar wujud dan kerana itu Dia adalah seorang makhluk yang nyata (atau apa yang wujud). Orang-orang Ibrani kuno telah menamakanNya sebagai Eloah sementara bagi orang-orang Kasdim Dia adalah Elahh. Sabda ini telah turun kepada bangsa Arab sebagai Allah. Dia bersifat singular dan bersendiri (lihat Ulangan 32:15,17; Ayub (45 tempat); Ezra 4:24 hingga 7:26; Daniel 3:25; Amsal 30:4-5). Dia Adalah.

 

Eloah adalah roh (Yohanes 4:24). Dia tidak bertindak sesuka hati atau mengikut perasaan. Dia hanya memikirkan apa yang ingin dibuatNya. Di dalam masa sebelum masa ini, sebagai roh sepenuhnya, Dia meneliti segala kemungkinan hasil tindakanNya. Dia tidak berubah (Yakobus 1:17; Maleakhi 3:6) atau membuat percubaan. Dengan itulah, sifatNya adalah tidak bertukar. Dia membuat penelitian terhadap segala yang akan berlalu di hadapan. Makhluk roh jati yang maha berkuasa ini telah memeriksa struktur saling-kait kompleks segala kemungkinan yang benar. Dia telah meneliti sebab dan akibat setiap tindakan yang akan Dia buat dan segala apa yang akan timbul daripada tindakan-tindakanNya. Dia telah berpandang ke hadapan ke penghujung seluruh proses tindakan-tindakanNya serta akibat setiap dan semua tindakbalas. Oleh kerana tidak ada sebarang benda nyata ataupun kewujudan fizikal, kesemua tindakan-tindakan ini dihubungkan oleh perhubungan-perhubungan secara teori di dalam fikiran Eloah. Dengan itu, sebab dan akibat (atau struktur sebab-musabab) diasaskan pada perhubungan-perhubungan secara teori. (lihat Cox Creation: From a Man-made God to a God-made Man, 1996, Ch. 1).

 

Dia memahami keseluruhan ciri atau sifat segala kemungkinan yang benar. Dia tahu akan semua kebenaran. Kerana Dia adalah roh jati, pengetahuan ini hadir secara semulajadi di dalam intipatiNya sebagai Kebenaran. Dia adalah Kebenaran (Ulangan 32:4). Dia berupaya untuk menyatakan tentang pengakhiran daripada permulaan. Dengan itu, Dia adalah maha mengetahui (tahu segalanya) (Yesaya 46:10; Mazmur 147:5; Matius 24:36; 1Timotius 6:16).

 

Dia tahu apa yang secara logiknya boleh dilakukan dan Dia tahu bagaimana Dia boleh melakukannya. Dia maha kuasa (berkuasa dalam segalanya) (Markus 14:36; Lukas 1:37).

 

Dia tahu apakah yang baik daripada akibat sifat semulajadiNya dan maha mengetahuiNya. Maka dengan itulah, Dia baik (Mazmur 34:8). Daripada perseimbangan kebaikan dan kebenaran di dalam intipati kewujudanNya, Dia adalah benar (Ezra 9:15). Daripada sifat semulajadiNya, Dia adalah benar dan kerana itu, adalah suci (Imamat 19:2). Dalam perseimbangan ini, Dia adalah sempurna (Matius 5:48).

 

Berdiam dalam keabadian, Dia ingin untuk memperluaskan bentuk kewujudanNya dan mengkongsikan bentuk kewujudanNya itu dengan yang lain yang akan menjadi seperti Dia. Pendek kata, Dia menginginkan suatu keluarga makhluk-makhluk sepertiNya yang bertindak sebagai Satu. Dalam keinginanNya ini, Dia telah menetapkan daripada asas sifatNya bagaimana makhluk perluasan ini harus beroperasi. Sifat berinteraksi ini atau sistem operasi ini ditetapkan sebagai hukumNya. HukumNya, yang terbit daripada sifat diriNya, dengan itu adalah juga benar (Mazmur 119:172), sempurna (Mazmur 19:7), kudus (Roma 7:12), baik (Roma 7:12), kebenaran (Mazmur 119:142). Oleh sebab itu Dia telah menentukan untuk Menjadi apa yang Dia akan jadi. Aspek ini dinyatakan kepada orang-orang Ibrani kemudiannya sebagai ‘eyeh ‘asher ‘eyeh atau Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi (“Aku adalah Aku”) (lihat Companion Bible, nota kepada Keluaran 3:14).

 

Dia tahu bahawa untuk perhasilan aktivitiNya menjadi berkekalan atau abadi ianya haruslah menjadi seperti Dia. Ianya harus memperlakukan dirinya sepertimana Dia memperlakukan diriNya dan ia haruslah berinteraksi sesuai dengan hukum-hukum yang telah mencirikan kewujudanNya.

 

Pembentukan Anak-anak Allah

 

Dia membuat keputusan untuk menghasilkan keluargaNya menurut bilangan dan urutan, lantas melaksanakan rencanaNya daripada urutan yang telahpun ditentukan itu (Yesaya 40:25-26 rujuk Bilangan 24:17; Mazmur 147:4 dituliskan sebagai bintang-bintang). Dalam batasan rencana itu haruslah ada kebebasan untuk bertindak, di dalam kedua-dua fasa pembelajaran keluargaNya itu dan untuk bentuk kewujudan mereka, kerana jika tidak, maksudnya Dia telah hanya menciptakan suatu proses yang mekanikal dan kerana itu, hanya berupa robot-robot sahaja dan bukannya menyerupai Dia. Satu-satunya perkara yang Dia tidak boleh lakukan adalah mati. Dia telah memutuskan untuk memberikan kapasiti itu kepada keluargaNya.

 

Dia telah mencipta segala sesuatu menurut suatu struktur yang diwakili bilangan dan urutan ini. Urutan bilangan itu adalah berdasarkan pada Satu sebagaimana kesatuan yang Dia sendiri adalah. Kita akan lihat bahawa Dia telah menggunakan gambarNya sebagai asas kepada individu-individu yang akan membentuk keluargaNya itu. Dia telah menciptakan keluargaNya menurut gambarNya – mula-mula secara rohani dan yang kemudiannya subfamili-subfamili fizikal (2Korintus 4:4; Kolose 1:15; Kolose 3:10). Mereka [seharusnya] akan membentuk dua bahagian struktur yang sama, kedua-duanya saling membantu di dalam perkembangan masing-masing sehingga mencapai kesempurnaan.

 

Kita akan lihat kemudiannya daripada struktur penciptaan fizikalNya bahawa seluruh perhubungan keluarga Allah adalah berdasarkan pada kombinasi dua dan lima di dalam bilangan sempurna dua belas. Nombor ini telah menjadi dasar keseluruhan bangunan keluargaNya yang dipanggil Kota Allah (Wahyu 21:12; lihat karya Kota Allah [180].

 

Dia membuat gambar diriNya yang dilambangkan oleh sistem numerikal lima. Dia telah menghasilkan suatu superstruktur rohani berdasarkan lima, dan dengan dua Dia telah menentukan struktur Roh Kudus. Roh ini telah menjadi kuasa dengan mana Dia akan memberikan keluargaNya hidup kekal dan kebolehan-kebolehanNya. Roh Kudus merupakan komposit kuasa tujuh roh Allah yang dilambangkan sebagai berada di hadapan takhtaNya di  dalam Majlis. Dengan itu, anak-anakNya yang dicipta di dalam gambaranNya, apabila diberikan Roh Kudus berdasarkan substruktur tujuh roh Allah (Wahyu 1:4; 3:1; 4:5; 5:6) akan menjadi sempurna, berdasarkan pada gambarNya dan rohNya sebagai nombor tujuh dan lima. Dia kemudiannya akan mendelegasikan kuasa ini kepada Angkatan Surgawi menerusi Mesias (Wahyu 5:6). Oleh itu, dua belas adalah nombor pada mana Dia akan menciptakan perlanjutanNya atau perluasan kewujudanNya. Makhluk perluasan ini adalah menurut dua fasa, iaitu rohani dan fizikal, yang satu mengikuti yang satu lagi, tetapi berdasarkan pada sistem yang sama. Struktur ini dibayangkan di dalam perumpamaan-perumpamaan Kerajaan Allah sebagai pemberian makanan kepada orang ramai dan juga di dalam roti sajian Bait itu (Matius 14:17-19; 15:34-36; Matius 16:9-10; lihat karya Perjamuan Tuhan [103]). Sistem surgawi akan ada beberapa kelebihan dan perbezaan. Sebagai contohnya, mereka tidak berjantina dan tiada interaksi sebagai lelaki dan perempuan, dan kerana itu tidak boleh melahirkan anak-anak Allah sebenar daripada diri mereka sendiri. Semua digelar anak-anak Allah dan pada masa kebangkitan itu, strukturnya akan kembali kepada tanpa jantina sebagai anak-anak Allah (Matius 22:30; Lukas 20:34-36). Lebih-lebih lagi, konsep makhluk lanjutan atau keluarga ini adalah sebagai suatu komposit saling berinteraksi di mana Allah adalah Satu Allah dan Bapa kepada semua dan di atas semua dan di dalam semua (Efesus 4:6).

 

Eloah bercadang untuk menjadikan anak-anakNya sebagai tertakhluk kepada penurutan dan kerana itu bentuk yang diambil mereka adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu gambaran dan lanjutan. Dengan itu Roh Kudus menjadi elemen persyaratan yang membolehkan mereka bertindak sebagai anak-anak Allah di bawah naungan kehendak Allah. Dengan cara ini, bimbingan serta tanggungjawabNya yang berterusan terhadap penciptaan dapat dikerjakan. Perbuatan tidak menurut akan dikawal dengan mengeluarkan Roh Kudus daripada imej asas itu.

 

Eloah telah mula membentuk anak-anakNya, menurut bilangan dan urutan. Yang sulungnya daripada satu kepada dua dan sebagai tiga dan kemudiannya kepada tujuh. Berdasarkan pada dua belas sistem di dalam empat divisi, Dia telah menciptakan dua puluh empat. Kumpulan ini mempunyai bilangan tiga puluh (Wahyu 4:1 hingga 5:14). Ini merupakan generasi atau ciptaan primerNya. Dia telah meneruskannya kepada tujuh puluh dan kemudiannya ke sistem luaran kepada seribu itu (Ayub 33:23).

 

Ayub 33:23 Jikalau di sampingnya ada malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia,

 

Daripada seribu itu, Dia telah terus mencipta sehinggalah keluarga rohani itu sempurna banyaknya. Sistem manusia akan meniru struktur ini sebagai suatu gambaran serupa bagi tempat bait dan sistem surgawi (Lukas 10:1,17; Kisah 1:15; Ibrani 8:5). Struktur ini berlanjutan dan melampaui bilangan 144,000 itu (Wahyu 7:1-8, 9-17) kepada seluruh penciptaan (Wahyu 20:11-15).

 

Anak-anak Allah ini adalah tindakan-tindakan Allah yang pertama. Daripada tindakanNya ini Dia menjadi Bapa kepada para Roh (Ibrani 12:9). Dia telah menjadi Allah sebagai Bapa daripada penciptaan anak-anak Allah itu. Daripada perbuatan ini Dia telah menjadi multipel atau banyak, dan dari situ, sebagai elohim yang mempunyai maksud banyak/plural. Sebelum permulaan, hanya ada Eloah saja. Elohim itu merupakan permulaan atau arche kepada penciptaan Allah (Wahyu 3:14). Dia dan anak-anak itu merupakan elohim tetapi Dia adalah haElohim atau Elohim [Utama] Itu. Dia adalah Allah Sebenar yang Satu (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20) atau Eloah. Kategori elohim itu adala hasil daripada kehendak Eloah dan tindakan kuasaNya. Daripada tindakan ini, anak-anak Allah boleh mengatakan bahawa mereka mempunyai satu Bapa yang menciptakan kami semua (Maleakhi 2:10). Anak-anak Allah telah dianugerahkan Roh Kudus itu dan mereka berhubungan melalui pengantara itu. Melalui Roh Kudus mereka disatukan dengan Eloah atau haElohim, dan elohim. Dia telah menyatakan sifatNya dan tujuanNya kepada mereka, kerana Dia satu-satunya Allah yang mempunyai hikmat bijaksan dan berkekalan dan tidak kelihatan (1Timotius 1:17).

 

1Timotius 1:17 Hormat dan kemuliaan sampai selama-lamanya bagi Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tak nampak, yang esa! Amin.

 

Di dalam versi RSV (dan di atas), perkataan wise atau hikmat bijaksana tidak digunakan atas dasar bahawa teks-teksnya tidak menggunakan istilah tersebut. Bullinger mengandaikan bahawa ia telah masuk daripada Roma 16:27.

 

Roma 16:27 bagi Dia, satu-satunya Allah yang penuh hikmat, oleh Yesus Kristus: segala kemuliaan sampai selama-lamanya! Amin.

 

Dialah yang duduk di atas takhta (Wahyu 4:2).

 

Allah telah mengurapi dua daripada anak-anakNya sebagai kerub-kerub yang menutupi di dalam Majlis Elohim itu – iaitu prototokos atau yang sulung daripada penciptaan (Kolose 1:15) anak-anak Allah itu (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9) dan Azazel, iaitu makhluk yang kini kita kenali sebagai Setan (Yehezkiel 28:14-16).

 

Yehezkiel 28:14-16 Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. 15 Engkau tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. 16 Dengan dagangmu yang besar engkau penuh dengan kekerasan dan engkau berbuat dosa. Maka Kubuangkan engkau dari gunung Allah dan kerub yang berjaga membinasakan engkau dari tengah batu-batu yang bercahaya.

 

Makhluk-makhluk ini adalah sempurna dalam ertikata hikmat bijaksana mereka dari sejak penciptaan mereka. Daripada generasi anak-anak Allah ini, fasa pertama bagi keluarga rohani telahpun didirikan. Allah belum lagi menyatakan aspek-aspek sepenuhnya bagi fasa kedua. Dia menyembunyikannya di dalam kerahsiaan di dalam diriNya, dan menyatakan keseluruhannya hanya melalui keluarga fizikal itu mengikut peringkat-peringkat. Dengan itu, ciptaan rohaniNya juga harus berjalan di dalam iman (1Petrus 1:12). Daripada penciptaan anak-anak tersebut, maka mereka wujud; jadi mereka adalah. Mereka menjadi satu dengan Allah melalui kuasa Roh Kudus. Kerana itulah, sebelum Abraham, Mesias sudah ada (Yohanes 8:58).

 

Modifikasi Roh itu dan pembentukan anak-anak itu telah memulakan relativiti. Sambil anak-anak Allah bergerak berpadanan antara sesama mereka, berlakulah perubahan pada sekeliling dan, dari situ, maka wujudlah masa lampau – dengan itu, masa telah bermula. Eloah adalah unggul di dalam urutan ini. Dia telah mempersediakan semua perkara menurut tujuan dan masa – dari situlah Dia adalah Raja segala Zaman (1Timotius 1:17) dan Allah segala Zaman (rujuk Ecclus. 36:17; Yesaya 9:6; Yeremia 10:10; lihatlah karya Kerajaan Allah [174]).

 

Dia telah memberikan arahan kepada prototokos atau yang sulung itu, iaitu permulaan ciptaan Allah (Wahyu 3:14). Prototokos ini telah mengaturkan anak-anak Allah kepada divisi-divisi dan pentadbiran-pentadbiran dan takhta-takhta dan kuasa-kuasa, sesuai dengan kehendak Allah, tetapi Allah-lah yang mencipta segala sesuatu (Efesus 3:9; Kolose 1:15; Wahyu 4:11; perhatikan bahawa ungkapan oleh Yesus Kristus (by Jesus Christ di dalam versi bahasa Inggeris KJV) tidak terdapat di dalam teks-teks kuno Efesus 3:9 dan ianya dimasukkan ke dalam Receptus dan, dari situ ke dalam versi KJV (bahasa Inggeris)). Allah yang menciptakan segala sesuatu, telah menyembunyikan rencanaNya sebagai suatu misteri atau rahsia.

 

Efesus 3:9 dan untuk menyatakan apa isinya tugas penyelenggaraan rahasia yang telah berabad-abad tersembunyi dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu,

 

Anak-anak itu adalah anak-anak Allah dan berhubung rapat hanya kepada Allah selaku Bapa segala Roh waktu itu. Jadi, tidak ada malaikat (atau utusan-utusan) pada waktu itu. Fungsi itu sebagai utusan dan roh pelayanan hanya datang kemudiannya. Kehendak Allah dinyatakan kepada anak-anakNya itu melalui Roh Kudus dengan kerelaanNya untuk menyatakanNya.

 

Allah telah menganugerahkan beberapa perkara sebelum permulaan masa, sebagai hasil daripada pengetahuan masa depanNya yang mutlak ataupun sifat maha mengetahuiNya. Yang paling utama sekali adalah kasih karunia. Kasih karunia diberikan sebelum permulaan masa atau zaman-zaman kekal (2 Timotius 1: 9 chronõn aiõniõn atau zaman-zaman kekal yang dituliskan salah di dalam KJV sebagai sebelum bumi bermula).

 

Kasih karunia diberikan sebagai suatu produk Roh Kudus kepada imej Allah dan kerana itulah nombor bagi kasih karunia diakui sebagai lima. Dengan itu, kasih karunia adalah hasil daripada sifat maha mengetahui atau pemahaman tidak terbatas Bapa (Mazmur 147:5). Oleh itu, kehidupan kekal juga adalah produk sifat maha mengetahui ini sebelum masa/zaman bermula (Titus 1:2; salah dituliskan sebagai ages ago atau berzaman-zaman dahulu, lihat teks utamanya di dalam Marshall’s Greek-English Interlinear). Hidup kekal dianugerahkan kepada anak-anak itu sebagai suatu fungsi generasi mereka melalui Roh Kudus dan pembentukan imej mereka di dalam roh. Mereka memiliki hidup daripada kasih karunia Allah. Jadi, daripada fasa ini, Eloah adalah Bapa dan juga Elohim, suatu keluarga dengan ramai anak-anak. Dia adalah Eloah dan haElohim. Dengan itu Dia-lah Elyon atau Allah yang Maha Tinggi itu (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7). Dia-lah Yahovah Alam Semesta.

 

Penciptaan Fizikal

 

Allah telah menentukan fasa penciptaan seterusnya. Dia bertujuan untuk menghasilkan suatu ciptaan fizikal di mana roh boleh menghadkan serta mengawal sifat kewujudan. Dia berbuat demikian supaya  suatu fasa atau pengantara pengajaran yang lain dapat diberikan kepada anak-anak Allah. Daripada medium atau pengantara ini mereka dapat mempelajari mengenai penurutan dan iman di dalam Bapa mereka.

 

Allah memulakan penciptaan fizikal itu. Dengan telunjuk fikiranNya Dia telah mendorong roh untuk memulakan suatu proses penyesuaian supaya suatu alam yang nyata dapat diciptakan daripada benda yang tidak kelihatan dan tidak berbentuk. Ini dicapai dengan cara berikut. Roh yang tidak berbentuk itu ditempatkan berhubungan kepada dirinya dengan putaran laju dan dengan kuasa. Aspek ini menentukan jarak antara substruktur dan dengan itu memberikannya ciri-ciri yang berbagai. Daripada  susunan roh berputar ini, sistem sub-atomik telah diciptakan.

 

Proses awal ini begitu hebat sekali dan begitu padat sekali kerana begitu dekat pada dirinya sendiri. Kita mengenali proses ini sebagai big bang (letupan besar) atau titik permulaan alam semesta fizikal. Asal-usul alam semesta ini berasal daripada Allah selaku perhasilanNya dengan menggunakan relativiti penciptaan rohani yang tidak kelihatan (Ibrani 1-3). Hal-hal yang kelihatan adalah bersifat sementara. Perkara-perkara yang tidak ternampak adalah kekal selamanya (2Korintus 4:18). Berzaman-zaman kemudiannya, fikiran-fikiran yang lebih lemah lagi akan melihat ke belakang dan mengetahui tentang proses ini dan menentukan dengan matematik apa yang mereka akan gelarkan sebagai pemilihan volum-ruang-fasa (phase-space-volume selection). Mereka akan tahu bahawa asal-usul alam semesta fizikal ini hanya bermula dari satu titik sahaja dan tiada lainnya. Mereka akan menentukan secara numerikal bahawa volum-ruang-fasa ini adalah 10 kepada kuasa 10 kepada kuasa 123. Nombor ini adalah begitu besar sekali sehinggakan ianya tidak boleh dicatatkan, dengan cara biasa, sungguhpun dengan meletakkan sifar pada kesemua sub-partikel bahan di alam semesta ini. Ini sekadar menunjukkan bahawa ianya hanya mungkin telah terbatas pada satu tempat itu sahaja; iaitu, titik yang dipilih oleh Allah untuk memulakan alam semesta ini.

 

Daripada aktiviti ini, Allah menjadi pencipta dan pemelihara langit-langit, bumi dan segala yang terkandung di dalamnya (Kejadian 1:1; Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26,28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24-25; Wahyu 14:7).

 

Kuasa rohani yang digunakan untuk menjadikan penciptaan material ini telah bergerak dengan kuasa dan kelajuan yang amat sangat sehinggakan ia memulakan alam semesta yang berkembang. Ia perlu mengasingkan dirinya cukup jauh supaya ia dapat membentuk semula sebagai atom-atom dan molekul-molekul yang mempunyai pelbagai berat dan kerumitan bentuknya sehinggakan bahan-bahan pepejal, cecair dan gas-gas dapat terbentuk. Apabila bahan tersebut bergabung mengikut mengikut pelbagai sukatan, maka terbentuklah galaksi-galaksi. Di dalam galaksi-galaksi tersebut, bahan jirim ditumpukan kepada ketumpatan yang mencukupi sehinggakan terbentuklah sistem-sistem dan apabila mencapai jisim kritikal ianya tercetus. Cetusan ini datangnya daripada tindakbalas-tindakbalas nuklear yang membebaskan kuasa substruktur roh itu di dalam batasan urutan-urutan terkawal. Dengan itu, pada mulanya penciptaan fizikal, Allah telah menciptakan langit dan bumi (Kejadian 1:1).

 

Anak-anak Allah dibahagikan kepada sistem-sistem pentadbiran. Alam semesta dibahagikan kepada empat sektor (atau kuadran). Setiap ini diletakkan di bawah naungan suatu makhluk yang digambarkan sebagai suatu makhluk yang hidup. Setiap sektor tersebut terdiri daripada tiga sistem; di mana dua daripada Majlis itu ditugaskan kepada setiap sistem. Dengan cara ini, terdapatlah dua puluh empat tua-tua di dalam Majlis itu bersama-sama dengan empat makhluk hidup dan yang sulung itu atau prototokos. Pada masa ini, pemberontakan itu belum lagi terjadi dan Azazel adalah makhluk terurap yang kedua.

 

Tujuan penciptaan fizikal itu telah dibentangkan sebagai suatu rahsia. Anak-anak Allah harus maju dengan iman. Kapasiti untuk mencipta dibenarkan bagi anak-anak Allah selaku sebahagian daripada Majlis Elohim itu (Kejadian 1:26). Anak-anak Allah telah berkumpul dan bernyanyi sukacita atas penciptaan planet ini oleh Eloah. Sistem-sistem itu telah diletakkan di bawah Bintang-bintang Fajar sebagai pemimpin-pemimpin.

 

Ayub 38:4-7 Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian! 5 Siapakah yang telah menetapkan ukurannya? Bukankah engkau mengetahuinya? --Atau siapakah yang telah merentangkan tali pengukur padanya? 6 Atas apakah sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang memasang batu penjurunya 7 pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai?

 

Seluruh alam semesta telah diletakkan di bawah suatu sistem pemerintahan dan aturan yang kita lihat kemudiannya tercermin di dalam Khemah Pertemuan/Bait Suci orang-orang Ibrani (Ibrani 8:5). Azazel telah dijadikan Bintang Fajar atau Pembawa Terang bagi planet ini (Yesaya 14:12) dan Dia dijadikan elohim planet ini (2Korintus 4:4). Mesias adalah Bintang Timur atau Bintang Fajar yang ditentukan untuk menggantikan dia (Bilangan 24:17; 2Petrus 1:19; Wahyu 2:28; 22:16).

 

Planet telah didiami oleh makhluk-makhluk ciptaan yang tidak berdasarkan sistem mammalia kita. Bintang Fajar yang bertugas memelihara planet ini telah menghasilkan suatu sistem hidup berdasarkan pada sistem reptilia yang nampaknya telah ada beberapa kebolehan-kebolehan yang menakjubkan. Kehidupan bijak, sepertimana yang kita kenali, difikirkan oleh sains moden sebagai hanya mungkin wujud pada lebih kurang dua juta tahun usia sistem-sistem bintang utama. Kita lihat daripada penggalian purba kita bahawa orang-orang berupa manusia telah mula muncul di planet ini agak baru juga berbanding usia sistem ini. Apa yang kita kelaskan sebagai humanoid (atau orang berupa manusia), berlainan daripada primat (kera) seperti manusia, telah wujud agak baru lagi. 100,000 tahun yang lalu orang-orang Neanderthal telah muncul dan mereka diganti lebih kurang 40,000 tahun yang lalu dengan suatu sistem lain yang serupa seperti kita.

 

Pada peringkat tertentu di dalam struktur ini, Allah telah menyatakan sebahagiannya kepada anak-anakNya akan tujuan penciptaan fizikal itu. Keseluruhan maksud rahsia itu telah ditahan daripada mereka dan hanya dinyatakan kemudiannya melalui Jemaat (1Petrus 1:12). Ada antara makhluk-makhluk ini yang tidak mengerjakan iman mereka di dalam Bapa dan telah memberontak. Azazel telah mengambil alih sepertiga daripada Angkatan surgawi di dalam pemberontakan ini. Sekurang-kurangnya sehinggalah zaman Ayub, kesemua anak-anak Allah dibenarkan datang kepada takhta Allah, dan Setan adalah salah seorang daripada mereka (Ayub 1:6; 2:1).

 

Ciri sebenar pemberontakan itu nampaknya membabitkan pembinasaan planet ini dan mungkin sekali merupakan maksud petikan di dalam Kejadian 1:1-2. Planet ini terpaksa dipenuhi semula dan seorang manusia diciptakan untuk meneruskan urutan seterusnya di dalam rencana Allah. Inilah dia penciptaan Adam. Orang ini dicipta menurut gambar Allah supaya Roh itu boleh diberikan kepadanya. Anak-anak Allah pada waktu keseluruhan fasa ini tidak, dan sememangnya tidak boleh, dikelaskan sebagai malaikat-malaikat. Kategori ini tidak bermula sehinggalah selepas penciptaan Adam, kerana sehinggalah masa itu tidak ada perlunya bagi kategori makhluk sebegitu; iaitu, sebagai utusan. Kerana sehinggalah masanya tiba di mana adanya penerima utusan, tidak mungkin adanya [pemberi] utusan.

 

Dengan penciptaan sistem Adam ini, datangnya pemberontakan dan dosa. Azazel telah berdosa di dalam sikapnya dan anak-anak Allah yang bersamanya telah berdosa di dalam hubungan mereka dengan manusia.

 

Sewaktu fasa kejatuhan ini, kita lihat berlakunya penciptaan Nefilim atau Refaim (lihat karya Nefilim [154]).

 

Anak-anak Allah telah berdosa dalam hal ini dan di dalam proses kemudiannya (Yudas 6).

 

Penciptaan orang-orang Neanderthal, Cro-Magnon dan Refaim atau Nefilim membabitkan jangkamasa 100,000 tahun. Anugerah kebangkitan tidak diberikan kepada mereka ini (Yesaya 26:13-14; rujuk karya Kebangkitan Orang Mati [143]; Nefilim [154] dan Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Tangan-tangan Patah Firaun [036].

 

Pada peringkat tertentu proses ini, suatu pembinasaan planet ini telah berlaku. Penciptaan pada Kejadian 1:1 telah menjadi tohu dan bohu ataupun tanpa bentuk dan kosong. Teks di dalam Kejadian 1 adalah juga berkenaan generasi-generasi langit dan bumi. Setiap generasi diwakili oleh satu hari seperti mana yang lihat di dalam penceritaannya. Namun ia jelas sekali dipanggil generasi (Perkataan Ibrani toledāh SHD 8435 daripada SHD 3205) dalam ertikata plural sahaja, yang bermaksudkan suatu keturunan atau keluarga, yakni suatu sejarah dan dengan itu adanya kelahiran atau generasi-generasi. Perkataan ini berlainan daripada SHD 1755 (dōr) iaitu perkataan yang biasannya digunakan bagi “generations”/kitaran yang bermaksud suatu kitaran masa. Dengan itu terbentuklah konsep mengenai sejarah keturunan seperti juga yang ada di dalam keluarga.

 

Kisah Kejadian menyatakan dengan jelas bahawa tumbuh-tumbuhan diciptakan pada hari keenam selepas semua makhluk hidup. Kita tahu tanpa ragu-ragu lagi daripada rekod fosil bahawa kisah ini tidak padan dengan perkembangan planet ini selama berjuta-juta tahun sejarah hidupnya. Kisah ini hanya mungkin membabitkan pengisian semula planet ini. Kisah ini adalah mengenai penciptaan-semula yang dirujukkan di dalam Yohanes 1:10, yang dilaksanakan oleh Logos atau prototokos itu. Ini hanya mungkin terjadi jika ada berlakunya suatu kemusnahan. Lebih-lebih lagi, makhluk ini telah muncul kepada Adam dan Hawa. Kita ketahui daripada Yohanes 1:18 bahawa Tiada seorangpun yang pernah melihat Allah sama sekali. Satu-satunya Tuhan yang lahir (monogenes theos), iaitu makhluk yang ada di dalam pangkuan Bapa, dialah yang berbicara (lihat Marshall’s Greek-English Interlinear RSV).

 

Kejadian 6:2 menyatakan bahawa anak-anak Allah telah berhubungan dengan anak-anak manusia.

 

Kejadian 6:2      maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka.

 

Alkitab New Oxford Annotated Bible RSV telah mencatatkan pada nota kaki ayat ini bahawa: “Anak-anak Allah adalah makhluk-makhluk ilahi yang menganggotai kumpulan surgawi (1.26 n.). 3: Sungguhpun berlakunya pencerobohan-pencerobohan bernafsu makhluk-makhluk ilahi ke dalam alam manusia, manusia tidak menjadi semi- atau separuh ketuhanan (bandingkan dengan 3:22-24) tetapi terus wujud sebagai makhluk fana di dalam mana roh Allah berdiam untuk sementara sahaja (lihat 2.7 n).” Dengan itu, Nefilim tidak dapat mencapai kebangkitan dan memperolehi Roh Kudus.

 

Para Trinitarian bertegas bahawa Yohanes 1:10 merujuk kepada penciptaan asal dan, oleh kerana ini bertentangan dengan Wahyu 4:11 serta Efesus 3:9 (RSV), mereka kemudiannya mendakwa bahawa Trinitas diperkukuhkan sebagai suatu kebenaran. Pendirian yang tidak logik ini kemudiannya telah membuatkan mereka tidak bersepadanan dengan rekod sejarah. Mereka kemudiannya dihadapkan dengan masalah terpaksa akur pada teori evolusi kerana konflik tersebut. Gereja Katolik secara rasminya telah menerima teori evolusi pada tahun 1996, daripada melepaskan doktrin palsu Trinitas.

 

Tanda-tanda di Langit

 

Kejadian 1:14 mencatatkan bahawa Allah telah menetapkan benda-benda penerang pada langit-langit untuk menandakan siang dan malam, untuk tanda-tanda dan untuk musim-musim, dan untuk hari-hari dan untuk tahun-tahun. Pergerakan cakerawala boleh diramalkan dengan tepat dengan membuat perkaitan terhadapnya sendiri. Setiap aktiviti-aktiviti ini adalah tepat, sehinggapun rangkaian Bulan Baru dan panjangnya hari-hari dan musim-musim dan tahun-tahun. Tahun dibentuk mengikut fasa dua belas bulan tidak kira secara solar ataupun lunar, dengan suatu tahun interkalari sebanyak tujuh kali pada setiap sembilan belas tahun. Fasa peredaran matahari melalui cakerawala adalah menurut dua belas peringkat atau rumah, dan jangkamasa tahun ini sepertimana ianya ditetapkan di cakerawala juga boleh dilihat sebagai menandakan rencana aktiviti-aktiviti Allah sebagai suatu tanda penciptaanNya. Jangkamasa tahun lunar-solar ini sepertimana ianya ditentukan daripada ekuinoks vernal utara pada bulan Mac setiap tahun, juga terbabit di dalam perkaitan tujuh kepada lima. Peringkat-peringkat suci kalendar adalah dari Nisan ke Tishri – iaitu dari bulan pertama ke bulan ketujuh. Dengan cara ini, perhubungan yang sama ditunjukkan antara hal bagaimana manusia diciptakan mengikut gambar Allah dan hal bagaimana manusia menjadi anak Allah melalui Roh Kudus. Dengan itu, perhubungan yang sama wujud bagi anak-anak Allah di dunia daripada pengambilan mereka sebagai anak, sepertimana dengan anak-anak Allah di syurga daripada generasi/pembentukan mereka. Kalendar lama yang bermula pada bulan Tishri sebenarnya adalah berasaskan roh manusia. Kalendar yang baru yang bermula dari bulan Nisan, memulakan perdiaman Roh Kudus itu di dalam manusia melalui Paskah yang merupakan Mesias. Roti Tanpa Ragi mewakili keselamatan dan Pentakosta mewakili gereja atau jemaat. Bulan ketujuh (Tishri) mewakili campur tangan di dalam planet ini dan penebusan kesemua manusia melalui sepanjang system millennium kepada Hari Besar Terakhir. Memperhitungkan tahun dengan bermula dari Molad bulan Tishri, menyangkal Mesias dan juga penerimaan Roh Kudus di dalam proses ini.

 

Allah telah mencipta manusia dengan tanggungjawab terhadap planet ini (Kejadian 1:26; 2:15). Dengan cara yang sama, Dia telah memberikan kepada anak-anak Allah surgawi, tanggungjawab ke atas alam semesta dan kebajikan manusia. Dengan penciptaan manusia, Allah telah menetapkan watak anak-anak Allah sebagai para utusan dan bukan sebelumnya. Makhluk yang ditugaskan untuk bertanggungjawab ke atas Adam adalah Yahovah Elohim. Makhluk ini adalah prototokos atau logos Allah. Inilah dia elohim yang dilihat oleh para bapa dan dengan siapa mereka berbicara. Makhluk ini merupakan Malaikat Penebusan dan Malaikat Yahovah atau Malaikat Hadirat (Kejadian 48:15-16; Zakharia 12:8; Kisah 7:30-32). Anak-anak Allah telah menjadi roh-roh yang melayani manusia agar manusia dapat memperolehi keselamatan (Ibrani 1:14).

 

Allah memperuntukkan bangsa-bangsa daripada sistem selepas banjir kepada tujuh puluh anak-anak Allah di dalam Majlis dalaman. Logos (atau yang sulung, sebagai wakil Yahovah Alam Semesta) telah diberikan Israel sebagai tanggungjawabnya, yang perlu diasingkan daripada bangsa-bangsa lain.

 

Ulangan 32:8-9  Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Allah. 9 Tetapi bagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya. (RSV)

 

Selepas kematian Kristus, teks ini telah diubahkan di dalam MT oleh para rabbi, supaya ia berbunyi menurut bilangan anak-anak Israel dan ianya diikuti di dalam versi KJV. Kita tahu dengan pasti bahawa LXX dan DSS menunjukkan bahawa maksud ini sepertimana tertulis di dalam RSV adalah maksud yang betul dan asal. Rabbi Akiba telah mengisytiharkan bahawa LXX tidak betul sejak 130 TM. Namun begitu, teks ini adalah betul dan sememangnya para bangsa dibagi-bagikan menurut bilangan anak-anak Allah. Gelaran Tuhan di sini merujuk kepada Yahovah, yang juga telah diubahkan oleh Sopherim untuk menyembunyikan identiti-identiti makhluk-makhluk yang terbabit. Yahovah adalah bawahan/subordinat kepada Yahovah Alam Semesta yang telah mengutusnya. Yahovah Alam Semesta telah mengurapi dia melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Dia telah diberikan Israel kerana bangsa ini akan menjadi saluran dengan mana kesemua Angkatan Surgawi dan seluruh penciptaan akan didamaikan sebagai suatu keluarga kepada Allah di sepanjang jangkamasa penciptaan fizikal itu. Allah menginginkan agar roh/semangat pelayanan dan sifat sedia berkorban wujud di kalangan anak-anakNya, dan kerana itu, Dia telah mengumumkan bahawa ketua sistem itu haruslah dapat menunjukkan pengorbanan tersebut. Itulah sebabnya kenapa Mesias telah dinamakan di dalam buku kehidupan itu, seperti juga kesemua umat-umat pilihan sejak daripada sebelum permulaan planet ini (Wahyu 13:8).

Wahyu 13:8  Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sebelum dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih. (RSV)

 

Kita lihat bahawa teks RSV ini memberikan maksud yang betul. Kita semua telah dicatatkan di dalam kitab kehidupan sebelum permulaan dunia. Bukan saja Kristus telah didedikasikan untuk disembelih tetapi kita semua telah diisytiharkan selamat melalui kasih karunia sejak masa itu. Kristus perlu menunjukkan suatu sikap yang penting untuk perlantikannya sebagai imam besar. Setan telah memberontak. Apa yang Allah inginkan adalah penurutan. Kristus menjadikan dirinya kosong dan telah mengambil bentuk manusia agar kita semua dapat diselamatkan.

 

Filipi 2:5-11 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11 dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

 

Allah telah menganugerahkan Mesias namaNya, yang lebih tinggi daripada semua nama lain. Mesias mengambil gelaran-gelaran terhormat dengan penganugerahan daripada Allah Bapa. Dia menjadi Yahovah Elohim dan imam besar. Dia menjadi bapa kekal bagi kebapaan kita atau patria agar kita akan tunduk menyembah Allah Bapa, iaitu untuk siapa setiap patria atau kebapaan di syurga dan bumi telah dinamakan (rujuk Yesaya 9:6 (Malaikat Penasihat Besar LXX); Efesus 3:14-15). Kristus telah mendapat suatu pelayanan yang lebih baik (Ibrani 8:6). Dengan mempersembahkan dirinya, dia telah menjadi pengantara suatu perjanjian yang baru kerana dia menyucikan hal-hal surgawi dan bukan hanya hal-hal duniawi. Melalui pengorbanannya, dia menyucikan Angkatan surgawi dan manusia duniawi. Dia yang menyucikan dan mereka yang disucikan mempunyai asal-usul yang sama (Ibrani 2:11 RSV). Dia harus mengambil bentuk manusia supaya kita juga dapat disucikan oleh tindakannya. Kristus telah datang untuk mengerjakan kehendak Bapa dan hanya setelah dia melaksanakannya dan mempersembahkan suatu korban bagi dosa untuk selamanya, barulah dia ditempatkan di sebelah kanan Allah (Ibrani 10:5-9, 12). Kristus telah menderitai kehinaan salib itu sebagai ganti sukacita yang disediakan bagi dia, dan kerana itulah dia duduk di sebelah kanan takhta Allah (Ibrani 12:2).

 

(rujuk karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]).

 

Allah adalah Bapa segala Roh yang menghukum kita untuk kebaikan kita sendiri. Dengan itu, roh-roh adalah anak-anakNya sepertimana juga dengan kita semua. Kristus menjadi anak Allah yang berkuasa daripada kebangkitannya daripada mati (Roma 1:4).

 

Roma 1:4  dan menurut Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.

Dia dijadikan sebagai anak Allah yang berkuasa menurut Roh Kudus daripada kebangkitannya daripada mati. Kristus tidak mewarisi kedudukan ini secara semulajadinya, dan dia tidaklah memiliki status penuh itu daripada kedudukan sebelum penjelmaannya sungguhpun dia dimuliakan sepertimana yang dia sendiri telah katakan (Yohanes 17:1-5). Alkitab tidak menyangkal dirinya sendiri tanpa menjadikan sangkalan itu sebagai sesuatu yang perlu demi memberikan pemahaman sebenar bagi asal-usul persoalannya. Kristus tidaklah abadi dengan sendirinya. Hanya Allah saja yang abadi (1Timotius 6:16). Kristus diberikan hidup di dalam dirinya sendiri sama seperti Bapa mempunyai hidup di dalam diriNya sendiri (Yohanes 5:24-26).

 

Yohanes 5:24-26 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup. 25 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya saatnya akan tiba dan sudah tiba, bahwa orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan mereka yang mendengarnya, akan hidup. 26 Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri.

 

Mesias telah mengatakan bahawa Bapa mempunyai hidup di dalam diriNya sendiri dan Dia telah memberikan anak hidup di dalam dirinya. Dia juga telah mengatakan bahawa Tiada seorangpun yang pernah mendengar suara Allah atau melihat rupaNya pada bila-bila masapun (Yohanes 5:37).

 

Yohanes 5:37 Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat,

 

Roh Kudus adalah mekanisme dengan mana umat-umat pilihan menjadi anak-anak Allah. Kita mendapat bayaran pendahuluannya pada waktu pembaptisan kita dan penebusan atau peruntukan penuh pada waktu pengangkatan kita sebagai anak iaitu penebusan tubuh badan kita.

 

Roma 8:11-17 Dan jika Roh Dia, yang telah membangkitkan Yesus dari antara orang mati, diam di dalam kamu, maka Ia, yang telah membangkitkan Kristus Yesus dari antara orang mati, akan menghidupkan juga tubuhmu yang fana itu oleh Roh-Nya, yang diam di dalam kamu. 12 Jadi, saudara-saudara, kita adalah orang berhutang, tetapi bukan kepada daging, supaya hidup menurut daging. 13 Sebab, jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup. 14 Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah. 15 Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" 16 Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah. 17 Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus, yaitu jika kita menderita bersama-sama dengan Dia, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia.

 

Roma 8:22-23 Sebab kita tahu, bahwa sampai sekarang segala makhluk sama-sama mengeluh dan sama-sama merasa sakit bersalin. 23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga mengeluh dalam hati kita sambil menantikan pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh kita.

 

Kita juga ditakdirkan menjadi pewaris-pewaris bersama dengan dia sebagai anak-anak Allah daripada kebangkitan kita nanti daripada mati. Kita sudah ditentukan dari awal lagi untuk menerima pengangkatan sebagai anak itu (Efesus 1:5; Galatia 4:5) daripada sebelum permulaan dunia. Kita telah ditentukan untuk menjadi anak-anak Allah yang berkuasa daripada kebangkitan itu. Kita akan disertakan bersama dengan bala Angkatan malaikat sebagai anak-anak Allah di bawah Keimamatan Besar Melkisedek yang dianugerahkan kepada Mesias (Ibrani 5:6, 10; 6:20; 7:1-21).

 

Penyatuan akhir seluruh penciptaan berlaku pada penghujung kebangkitan kedua (atau umum) bagi yang mati apabila Kota Allah dibawa turun dan semua diletakkan di bawah Allah Bapa supaya Dia menjadi semua di dalam semua (Efesus 4:6) (lihat karya Kota Allah [180]). Bala malaikat adalah saudara-saudara kita (Wahyu 6:11; 12:10). Mereka adalah saudara-saudara kita kerana mereka juga adalah anak-anak Allah, sepertimana dengan kita daripada kebangkitan pertama itu (lihat Wahyu 20:1-6). Teks di dalam 1Korintus 6:2-4 merujuk kepada Angkatan jatuh/murtad dan ini telah sering menimbulkan salahfaham. Para malaikat adalah juga umat-umat pilihat (1Timotius 5:21).

 

Roh Kudus adalah mekanisme dengan mana penyatuan menyeluruh antara penciptaan dengan Allah boleh berlaku, agar semua menjadi anak-anakNya dan semua mempunyai asal-usul atau sifat yang sama di bawah satu Allah dan Bapa (lihat karya-karya Roh Kudus [117] dan Wujud Bersama dengan Bapa [081]). Anak-anaknya adalah yang terpilih, menurut rencanaNya (1Petrus 1:2). Itulah sebabnya kenapa mereka sudah ditentukan dari mula, dipilih, dipanggil, dibenarkan dan dimuliakan (Roma 8:29-30).

 

Struktur trinitarian menyerang betul-betul pada intipati pemahaman rencana Allah dan menghalang pengikut-pengikutnya daripada memahami proses dengan mana seluruh penciptaan boleh menjadi anak-anak Allah dan pewaris bersama dengan Kristus. Kepercayaan palsu atau pseudo-Kristian (berupa Kristian) yang menyatakan ciri Kristus sebagai anak Allah yang berbeza daripada Angkatan surgawi, terhasil kerana kejahilan dan falsafah neo-Platonis. Allah membiarkan berlakunya kekeliruan ini kerana belum sampai masanya bagi Dia menguruskan dunia ini. Dunia ini masih lagi berada di bawah pemerintahan Setan selaku tuhan dunia ini dan yang telah diberikan masa bagi sistemnya untuk berjalan. Sistem Setan akan menghancurkan dunia ini. Allah akan campur tangan dengan menghantar Mesias untuk mengambil balik dunia ini, ketika ia hampir binasa, demi kebaikan umat-umat pilihan yang terdiri daripada Israel rohani dan fizikal (Yesaya 42:1; 45:4; Matius 24:22). Dengan cara itu kita, seperti anak-anak kecil, akan dapat melihat bahawa sistem Bapa kita di bawah naungan hukumNya adalah yang betul. Allah menginginkan penurutan tetapi hanya menyatakan rencanaNya kepada segelintir sahaja buat masa ini. Seluruh sistemNya sudah tersedia di depan mata untuk dilihat oleh semua, namun hanya sedikit sahaja yang memahaminya kerana ramai yang sengaja dipesongkan oleh pengajar-pengajar mereka.

 

Allah menjadi suatu keluarga, pertama kalinya, dengan generasi atau pewujudan Angkatan surgawi. Dia tidak menyempurnakan tindakan Kebapaan ini dan tidak akan berbuat demikian sehinggalah fasa terakhir selepas penghakiman dan perubahan kepercayaan planet ini. Kesemua di dalam planet ini kemudiannya akan menjadi anak-anak Allah sebagai elohim di bawah kehendak Allah, yang bertindak bersama di dalam Roh Kudus sebagai suatu organisme kohesif yang kita panggil keluarga Allah.

 

q