Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[290]

 

 

 

 

Empat Puluh Tahun Bagi Pertobatan

(Edisi 1.0 20060610-20060610)

 

 

Pada jangka masa sehingga 1972 dan kemudian 1975 Jemaat-jemaat Allah khususnya Jemaat Allah Sedunia dan Yehovah Witness telah mengumumkan bahawa Messiah akan datang semasa peperangan pada akhir 1972-1975. Tidak ada yang terjadi pada tahun 1975 dan Mesiah tidak datang. Mereka tersilap. Apakah pentingnya jangka masa ini?

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Empat Puluh Tahun Bagi Pertobatan [290]



Herbert Armstrong dan pelayanannya, dan juga yang disebut prophets of the Watchtower (nabi menara Pengawasan) serta Bible Tract Society (Lembaga Risalat Alkitab) atau Yehovah Witness, mengumumkan kedatangan Mesiah pada jangka masa 1972-1975.

 

Fakta bahawa Dua Saksi ini tidak mengambil tempat mereka di Yerusalem tidak menghalangi mereka kerana mereka mengumumkan diri mereka sebagai saksi-saksi yang dijanjikan oleh Wahyu 11:3-13 (lihat karya tulis Saksi-Saksi [135]).

 

 Mereka tidaksama sekali  menyerupai nabi-nabi Allah tetapi ini tidak menghalangi setiap mereka.

 

Apa yang sebenarnya mereka telah buat adalah mengumumkan jangka masa pertobatan mereka sendiri. Jangka masa empat puluh tahun, bulan, minggu atau hari adalah satu masa pengesahan yang mana Allah membenarkan individu, kumpulan, atau bangsa untuk menggambarkan kedudukan mereka dan untuk bertobat dan datang kepada satu pemahaman dan penurutan kepada Hukum Allah dan Rencana Keselamatan bagi individu, atau kumpulan orang yang terlibat.

 

Nubuatan-nubuatan sistem Armstrong, Yehovah Witness dan Adventist, dari mulanya, telah salah (lihat karya tulis Nubuatan Yang Salah [269]).

 

Kedua-dua sistem kehilangan pandangan dari kunci penting didalam sistem Alkitab. Pelayanan JW tidak mempunyai idea tentang Kalendar Alkitab, kerana mereka tidak memelihara Hukum Keempat atau apa-apa stryktur kalendar Alkitab dan mengajar bahawa Allah telah me,batalkan HukumNya sendiri. Golongan Adventist hanya memelihara Sabat dan menjadi Trinitarian, kehilangan pemahaman yang mereka ada.

 

Armstrong, yang telah dibawah dari Jemaat Allah (Hari Ketujuh), telah mendirikan Kalendar Hilel kedalam Jemaat Allah dan gagal untuk memahami sistem Yobel. Oleh kerana itu, pelayanan kedua-dua sistem ini tidak mampu untuk memahami rentetan nubuatan ini, seperti ia dibentangkan dalam rencana Allah.

 

Dalam cara yang sama, Jemaat-jemaat Allah yang lain telah gagal untuk memulihkan struktur Kalendar yang penting dan oleh itu tidak mampu memisahkan firman kebenaran dan memisahkan fakta dari fiksi.

 

Kebanyakan daripada apa yang mereka telah lakukan adalah berlandaskan terjemahan yang salah yang berasal dari fahaman Protestantisme, seperti terjemahan salah pada Daniel 9:25 yang diaplikasikan kepada Mesiah sedangkan terdapat dua mesiah atau “yang diurapi” terlibat, dan kedua-dua mesiah ini bukan Yesus Kristus (lihat karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Kaabah [013]).

 

Sekiranya mereka mengikuti lojis yang mudah dalam Alkitab bahawa Allah menggunakan enam hari untuk penciptaan dan hari ketujuh adalah Sabat hari Rehat bagi Yesus Kristus, dan mengambil fakta ini kepada kesimpulan yang lojis seperti dikemukakan oleh Petrus bahawa satu hari adalah seribu tahun bagi Allah, mereka akan sedar bahawa pemerintahan melinial Yesus Kristus akan terjadi pada penghujung enam ribu tahun pemerintahan Iblis. Jangka masa ini akan dipendekkan tetapi hanya menyelamatkan umat pilihan, sekiranya tidak, tidak ada orang yang akan hidup (Mat 24:22).

 

Jangka masa pemerintahan Iblis yang dipendekkan boleh ditentukan dengan betul sekiranya mereka telah mengikuti beberapa peraturan yang asas. Bagaimana pun, mereka tidak melakukan demikian kerana mereka mahu memelihara Jemaat-jemaat Allah sentiasa dalam keadaan “panas”, dan mengekalkan puncak aktiviti yang mungkin mustahil. Hasilnya adalah bahawa Jemaat telah jatuh kedalam jerat yang menyebabkan Tuhan menangguhkan kedatangannya, yang mana bukan sebab sebenarnya.

 

Apa yang terjadi adalah bahawa Roh Kudus sedang mengacaukan orang-orang ini kepada kedudukan dimana mereka diperhitungkan dan mengadakan imbasan aktiviti yang membawa kepada penghakiman mereka, dan pembabitan serta ketidakturutan mereka dari kebangkitan pertama dari antara orang mati pada masa kedatangan Mesiah.

 

Setiap orang yang berhubungan dengan Jemaat Allah pada jangka masa ini diberikan satu saksi sebagai balasan, tetapi tidak seperti yang mereka fikir akan terjadi.

 

Dari kronologi Alkitab kita tahu bahawa rentetan ini telah bermula pada 4004 BCE dengan penciptaan Adam. Kronologi uskup Ussher, yang menentukan tarikh 4004 BCE telah dikeluarkan bersama dengan edisi awal Alkitab versi King James.

 

Kita juga tahu bahawa Adam telah dibawa ke pengadilan dan kemudian diusir dari Taman. Setan juga telah berselisih dengan umat manusia dari pengusiran itu. Adam telah diciptakan sebagai seorang lelaki dan diduga berumur dua puluh tahun, tetapi dibawah Hukum Allah seorang manusia tidak boleh mengajar dan dianggap sebagai ketua kepada jemaah sehingga mereka mencapai umur tiga puluh. Tahun Yobel pertama dalam pemerintahan Iblis telah bermula pada tahun 3974 BCE. Lima puluh yobel meninggalkan akhir jangka masa 120 yobel atau enam ribu tahun pada 2027 pada era masa kini. Jangka masa bangsa-bangsa, atau masa golongan bukan orang Yahudi apabila dikira dari masa penciptaan Adam akan berakhir pada tahun 1997. Ianya juga berakhir pada tahun ini apabila ia dikira dari nubuatan terhadap beberapa kriteria alkitabiah yang lain seperti yang kita lihat dalam karya tulis Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan Firaun Yang Patah (No. 36). Dari masa ini, jangka masa tiga puluh tahun bagi perkabungan Musa bermula dan pengiraan kepada pemulihan Israel dibawah Yesus Kristus bermula.

 

Jangka masa tiga puluh tahun perkabungan bagi Musa telag digarisbesarkan dalam karya tulis Tiga Puluh Tahun Terakhir: Pergelutan Akhir [219].

 

Dalam karya tulis itu kita mengembangkan rentetan Peperangan Akhir. Peristiwa-peristiwa itu telah diungkap seperti yang kita nyatakan dalam karya itu. Ianya akan membawa kepada peristiwa akhir Perang Dunia II seperti yang diperincikan dalam karya tulis Perang Hamon-Gog [294].

 

1975 adalah tahun yang keenam dan tahun penuaian tiga lipat dari kitaran Sabat yang terakhir dalam tahun yobel yang lalu. 1976 adalah Sabat dan 1977 adalah tahun yobel yang ke-119. Oleh itu, pendirian aktiviti yang tergantung dalam Jemaat telah dibenarkan, tetapi tidak seperti orang-orang ini fikir.

 

Kita tahu bahawa jangka masa Zaman Akhir menampakkan satu jangka masa tujuh tahun yang diberikan sebagai masa kejatuhan bangsa-bangsa dari perlambangan kepada kemunculan Yesus Kristus di Yeriko kepada Yoshua, apabila dia muncul sebagai Kapten Tentera Tuhan (Lihat karya tulis Kejatuhan Yeriko [142]).

 

Dari masa ini Kristus muncul dan kemudian terdapat tujuh tahun yang mana Tentera Israel, yakni Tentera Tuhan berarak di sekeliling Yeriko dan tembok roboh dan hanya umat pilihan yang telah terselamat. Umat pilihan dilambangkan oleh Rahab perempuan sundal yang telah diselamatkan oleh benang merah Paskah diatas jenang yang ada di dinding kota dan janji yang dia buat dengan perwakilan Israel Allah.

 

Oleh itu, sekiranya kita mengambil tujuh tahun dari 2027 kita mendapat 2019 tetapi itu adalah tahun Sabat dan tahun 2026 dan 2027 juga tahun Sabat. Hukum ini harus dibaca pada tahun-tahun ini. Jadi, Kristus harus berada dlam kedudukannya dan umat pilihan dibangkitkan sebelum atau dari Bulan Baru Abib pada tahun 2019 untuk melengkapkan kitaran tujuh dalam dasar satu tahun sama dengan satu hari.

 

Bagaimana pun, kita juga tahu dari Wahyu bab 11 bahawa para Saksi harus berada dalam kedudukannya 1263.5 hari sebelum Mesiah berada disini, selambat-lambatnya.

 

Oleh itu kita sampai selambat-lambatnya pada tahun 2015. kita juga tahu bahawa Yudah akan diubah dan dipulihkan pada masa ini dan oleh itu malah terdapat tuntutan-tuntutan awal atau jangka masa untuk dilaksanakan.

 

Dibawah Hukum Allah, hukum harus dibaca pada tahun-tahun Sabat dan 2012 adalah tahun Sabat yang seterusnya dan Pembacaan Hukum.  Hukum Allah akan dibaca pada 2012 bagi kali ketiga dan kali terakhir sebelum para Saksi menangani bangsa-bangsa. Hukum ini akan dibaca tiga kali supaya penolakan serta pemberontakan yang ketiga  adalah muktamad dibawah hukum ini. Kita menjangkakan bahawa para Saksi mengambil kedudukan mereka dari pembacaan hukum pada tahun 2012, sama ada membacakannya sendiri atau menangani bangsa-bangsa berikutan pembacaan tersebut.

 

Dalam apa pun, ianya harus di antara 2012 dan 1015 bagi Mesiah untuk memulakan penaklukan terhadap bangsa-bangsa didalam jangka masa seperti yang dinyatakan oleh nubuatan Alkitab atas dasar satu tahun adalah satu hari menggunakan rentetan masa yang dinyatakan oleh nubuatan-nubuatan ini.

 

Tahun 2015 adalah jangka masa akhir pemerintahan jemaat-jemaat dan tiang-tiang lampu kerana mereka adalah dibawah tujuh malaikat dari tujuh jemaat. Dari sana pada dua tiang lampu dari para Saksi dan Lampu terakhir dari Mesiah akan bertanggung jawab bagi penerangan planet ini.

 

Oleh itu,  kita berhadapan dengan fakta bahwa tahun 1972 adalah tepat empat puluh tahun dari 2012, dan 1975 adalah tepat empat puluh tahun dari tahun 2015.

 

Apa kepentingan yang boleh kita lihat dalam fakta itu? Kita tahu fakta bahawa Israel telah dibiarkan di padang belantara selama empat puluh tahun dibawah Mesiah. Jemaat berada dalam pada belantara selama hampir dua ribu tahun dibawah Mesiah dari 30 CE dengan pengorbanan Mesiah dan penerimaan Roh Kudus. Yohanes Pembaptis memulakan pelayanannya pada 27 dan Mesiah sendiri dibaptiskan dan dia menyatakan penerimaan tahun yang bagi Tuhan pada 27 CE, yang mana adalah tahun yobel.

 

Oleh itu 27 CE adalah tahun yobel dan empat puluh tahun yobel atau 2000 tahun berakhir pada 2027.

 

Oleh itu, pada satu yobel berdasarkan satu tahun, Jemaat berada di padang belantara selama empat puluh tahun seperti Israel berada di padang belantara selama empat puluh tahun.

 

Akhir jangka masa itu adalah yobel yang ke-120. dari tahun 1975, Jemaat harus bersedia bagi yobel dan membaca hukum pada 1976 dan 1977 dan kemudian terus melakukan tatacara yang ditunjukkan di dalam Alkitab. Mereka tidak melakukan perkara ini dan oleh itu menghadapi penghakiman. Dalam apa saja tahapnya, hukum ini harus dibaca tiga kali pada minimumnya pada tiga tahun Sabat sebelum kedatangan Mesiah.

 

Jemaat pada akhir zaman juga mendapati ia berada dibawah Empat Puluh Tahun di Padang Belantara dari 1975. Jangka masa 1260 hari di antrara 2012 dan 2015 mencerminkan jangka masa yang diberikan oleh Jemaat di antara 1972 dan 1975 bagi nubuatan yang salah tentang pengadilan dan kedatangan.

 

Jangka masa Pengukuran Kaabah adalah empat puluh tahun yang bermula pada 1987. Empat pulu tahun ini membawa kepada Milenium dan menangani seluruh proses dalam pemulihan sementara ia berdiri sebagai Kaabah Allah. Proses ini diperincikan dalam karya tulis Pengukur Kaabah [137].

 

Pada jangka masa itu kita melihat juga dua puluh tahun terakhir bermula pada tahun 2006 dari 1 Abib pada tahun yang ke-29 dari yobel yang ke-120 sebagai tahun pertama dalam Kitaran Sabat. Jangka masa inia dalah bagi Penyucian Bagi Bangsa-Bangsa [077].

 

Proses ini mencerminkan rentetan 21 hari Perayaan Paskah. Ia bermula dari Tahun Baru, yang memulakan Penyucian Kaabah Allah [241], sehingga Hari Kudus Terakhir dalam Perayaan Roti Tidak Beragi. Ia meletakkan tahun 2012 bagi pembacaan Hukum sama dengan 7 Abib dan Penyucian kepada Dosa yang tidak Disengaja dan tidak Disedari [291].

 

2015 adalah sama dengan Abib yang ke-10 dan kedatangan Sang Mesiah ke Yerusalem. Tahun 1019 adalah sama denga Abib 14 dalam rentetannya. Penaklukan terhadap bangsa-bangsa mencerminkan Kejatuhan Yeriko dalam tujuh hari Perayaan yang berakhir pada 2026 pada tahun Sabat dan pengumuman bagi tahun yobel pada masa pendamaian 2026 berakhir pada pendamaian 2027.

 

Justru itu, terdapat satu siri rentetan yang terjadi bagi tujuan yang berlainan dalam rencana Allah pada prnghujungnya atau yobel yang ke-120 sebelum pemerintahan milenial Sang Mesiah.

 

Sang Mesiah tidak datang pada 1975, atau para saksi pada 1972, ataupun kombinasi kedua-dua peristiwa ini, namun jemaat telah diberi amaran dan menyediakan diri mereka bagi Mesiah dan diberitahu untuk bertobat dari dosa mereka dan menyucikan diri mereka untuk bersedia sebagai mempelai Kristus. Bahawa mereka tidak melakukannya sebagai satu tubuh jadi satu-satunya yang mampu dipatahkan dalam sistem Philadelpia harus dipatahkan dimusnahkan. Pecahan yang terakhir dalam sistem Sardis dibentuk, ia memanggilnya sebagai Jemaat Allah yang Hidup seperti yang diungkap dalam nubuatan Wahyu 3:1. Ia mengekalkan semua kesilapan Sardis seperti yang disusun semula oleh jabatan kependitaan Sardis.

 

Sistem JW telah ditolak sepenuhnya sebagai satu jemaat dan telah sama sekali tidak mempunyai nubuatan yang betul sejak peninggalannya dari Jemaat Allah pada kurun yang ke-19. Justru itu, ianya tidak terpisah demi untuk melakukan tugas zaman akhir. Ianya ditolak sepenuhnya, sama seperti sistem Seventh-Day Adventist, di mana penuntut Alkitab terpisah, dari deklarasi terbuka Trinitarianisme dari 1978 pada permulaan tahun yobel ini. Hanya individu yang mampu dipanggil akan diambil dari sistem-sistem ini.

 

Sementara sistem Sardis dibawah Jemaat Allah digunakan untuk menyusun beberapa sistem zaman akhir yang aktif , yang dua lagi, yang mana membentuk sistem Laodikia dan cabang-cabangnya telah ditolak seluruhnya kerana mereka tidak boleh memahami dasar isu doktrin yang terbabit, ia juga tidak mendengar firman Allah dan tidak sedia untuk diperlukan. Tidak ada antara sistem ini diterima sebagai satu jemaat. Hanya individu dari kedua-dua Sardis dan Laodikia akan masuk ke dalam sistem Filadelfia. Oleh kerana ini, perjanjian ini dibuat terhadap sistem itu supaya ianya tidak lagi tersebar.

 

Perkabaran dari Wahyu bab 3 adalah penting dalam memahami apa yang terjadi. Rentetan yang terbentuk dari Sardis sehingga Filadelfia sehingga Wahyu bukanlah rentetan zaman tetapi ini adalah laluan dari satu bahagian kepada bahagian yang lain. Inti sistem Filadelfia telah dikeluarkan dari Sardis sama seperti sistem Laodikia itu sendiri.

 

Sistem Laodikia yang lebih kaya, lebih kaya dengan harta benda, tidak mempunyai kuasa spiritual dan lemah, miskin, menyedihkan, buta dan telanjang.

 

Wahyu 3:1-22  "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Sardis: Inilah firman Dia, yang memiliki ketujuh Roh Allah dan ketujuh bintang itu: Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati!  2 Bangunlah, dan kuatkanlah apa yang masih tinggal yang sudah hampir mati, sebab tidak satupun dari pekerjaanmu Aku dapati sempurna di hadapan Allah-Ku. 3 Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu. 4 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu.  5 Barangsiapa menang, ia akan dikenakan pakaian putih yang demikian; Aku tidak akan menghapus namanya dari kitab kehidupan, melainkan Aku akan mengaku namanya di hadapan Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.  6 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." 7 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka.  8 Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. 9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, yaitu mereka yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahwa Aku mengasihi engkau. 10 Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi. 11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. 12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru.  13 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."  14 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah: 15 Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas!  16 Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku.  17 Karena engkau berkata: Aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa, dan karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang,  18 maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada-Ku emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat.  19 Barangsiapa Kukasihi, ia Kutegor dan Kuhajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah!  20 Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku.  21 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."

 

Pemahaman yang lebih menyeluruh tentang teks ini diliputi dalam karya tulis Bumbungan Filadelfia [283].

 

Sistem-sistem ini mempunyai empat puluh tahun, dan individu mempunyai satu masa, dua masa dan setengah masa untuk bertobat dan bersedia untuk Mesiah.

 

Jangka masa ini akan berakhir pada 2012 dan 2015. Orang-orang dalam jangka masa ini akan ditobatkan dan dibawa kedalam tubuh Kristus pada 2015, dan dari Kebangkitan Pertama dari antara orang mati, sama ada dalam bentuk spiritual atau fizikal. Pilihan adalah terletak pada diri mereka sendiri dan upahnya adalah untuk diri mereka sendiri bergantung kepada kesilapan dan pilihan mereka sendiri.

 

Dari 2015 dan 2018 konversi Yudah akan terbentuk dan dari masa ini tidak ada orang yang boleh memasuki Kebangkitan yang Pertama. Ianya sudah terlalu lewat.

 

Iblis akan diikat dan ditempatkan di dalam jurang yang dalam selama satu milenium pada masa ini.

 

Dari 2019 bangsa-bangsa akan dibawa ke Megiddo dan mereka akan ditakluk oleh Mesiah.

 

Menjelang 2015 seluruh dunia akan berada dalam proses penaklukan terakhir bagi penempatan warisannya serta tempat-tempat yang mana diperlukan demi untuk bersedia untuk sistem milenial.

 

Pada 2026 Tahun Sabat Terakhir zaman ini akan berlangsung.

 

Pada 2027 yobel akan diitup dan sistem baru akan mengambil tempatnya dan mula bersedia untuk penuaiannya dari Pendamaian.

 

Pada 2028 Milenium akan bermula dari Abib Bulan Baru, yang merupakan Tahun Baru.

 

Dari tarikh ini tidak ada penuaian dan tidak ada hujan pada musi seterusnya bagi mereka yang tidak memelihara Hukum Allah dan menghantar perwakilan ke Yerusalem bagi Perayaan Bait Suci (Zak 14:16-21).

 

Ianya sangat menarik bahawa sistem keagamaan dalam dunia ini tidak mempunyai idea tentang jangka masa ini dalam perkerjaan mereka dan tidak mengambil tindakan untuk mengenal pasti dan memulihkan Hukum Allah dan Kalendar Kudus (lihat karya tulis Kalendar Allah  [156]).

 

Semua orang dalam dunia ini akan diberikan peluang untuk bertobat dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Allaj. Tidak ramai orang yang mencapai Kebangkitan Pertama pada Zaman Akhir nanti.

 

Kebanyakan orang gagal kerana mereka tidak bertobat dari tradisi manusia. Hadis Islam akan gagal kecuali ianya bertobat dan dibaptiskan. Seperti dalam Quran katakan sekiranya kamu tidak memelihara Sabat Tuhan kamu akan menjadi kera (lihat Sabat dalam Al-Quran [274]; Kristus Dalam Quran [163]; Koran Dalam Alkitab, Hukum dan Perjanjian [083] dan Kalendar Ibrani dan Islam Didamaikan [053]).

 

Kesemua tiga sistem utama dalam Islam, Yudaisme dan Kekristianan akan berlalu.

 

Mereka akan menjadi perkara silam dan tidak lagi diingati, bersama dengan orang yang mewakilinya. Orang-orang ini akan mengalami Kebangkitan yang Kedua pada penghujung sistem milenial.

 

Warisan yang mereka tinggalkan akan mengambil masa bertahun untuk dibetulkan dan bumi ini mengambil masa berdekad untuk sembuh. Ianya akan hampir lima puluh tahun dari 2018 sehingga Pemulihan Yobel Emas pada tahun 2077 sebelum ianya sembuh sepenuhnya. Yobel ini adalam yobel yang ke lima puluh sejak Pemulihan dibawah Ezra dan Nehemiah. Ia adalah tahun “Yobel atas segala Yobel” dan dunia akan dipulihkan dan akan damai selama seribu tahun.

 

Pada masa selepas kedatangan Mesiah kita diberitahu bahawa bumi akan dilengkapi dengan sungai-sungao yang mengalir dari gunung Allah, yang merupakan Tempat yang Kudus ke kawasan timur dan barat. Apa yang diberitahu kepada kita adalah bahawa terdapat kolam bawah tanah mempunyai proporsi yang banyak, sekurang-kurangnya lapan spesis baru yang dahulunya tidak diketahui oleh ilmu sains. Ini tampaknya menjadi sumber air dalam nubuatan.

 

Orang-orang dalam Jemaat Allah yang tidak bertobat juga akan merasai kehilangan yang amat sangat. Ianya satu kehilangan yang menyedihkan untuk pergi ke dalam Milenium dibawa Yesus Kristus sebagai manusia fizikal sekiranya kamu sepatutnya boleh memasukinya dalam bentuk elohim, sebagai anak spiritual Allah (lihat karya tulis Umat Pilihan sebagai Elohim [001]).

 

Sesungguhnya ia adalah satu tragedi sekiranya telah datang begitu jauh dan melakukan banyak perkara namun gagal kerana kesilapan dan kelambanan.

 

Orang-orang ini akan mengingati perumpamaan tentang gadis perawan yang pintar dan bodoh dan akan meratap.

 

Jangan jadi salah satu daripada mereka! Jangan sembunyikan talenta kamu.

 

q